Hiburan
Dongeng Sang Kancil Mengimaginasikan Semula Karakter Popular Cerita Rakyat Dalam Sentuhan Moden
Selepas berjaya mengangkat animasi tempatan ke pentas global menerusi karya popular Upin & Ipin, Les' Copaque melakar lebih jauh dengan menghasilkan imej watak-watak popular cerita rakyat dalam versi baharu menerusi filem mereka ‘Dongeng Sang Kancil’.
BERITA BERKAITAN: Les' Copaque Production Berdepan Cabaran Hasilkan Filem 'Dongeng Sang Kancil" Kurang Dua Tahun
BERITA BERKAITAN: Duduk Berbincang, Akhirnya Les' Copaque Sepakat Terbitkan Kisah Binatang 'Sang Kancil'
Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil merangkap Pengasas & Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md. Radzi berkata,lebih membanggakan, filem berkenaan merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.Katanya, 'Dongeng Sang Kancil' juga menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa.
" Selain penceritaan yang penuh keterujaan dan menyeronokkan,serta visual berkualiti tinggi, filem animasi ini membawakan babak aksi yang mendebarkan.
"Naskhah ini menampilkan watak utama ‘Sang Kancil’, iaitu karakter haiwan yang sangat popular dalam cerita-cerita rakyat sejak dahulu kala atas simbol kepintarannya dan kini diangkat ke layar perak untuk generasi baru," katanya kepada Gempak.Katanya, Les' Copaque masih mengekalkan keunikkan cerita Kancil sebagai haiwan yang bijak dan penuh dengan muslihat sehingga di angkat menjadi hakim di rimba.
Namun dalam filem berkenaan, watak Kancil telah diangkat menjadi Wira Rimba apabila menyelesaikan masalah penghuni hutan dengan skala yang lebih besar dan penuh emosi."Filem berdurasi 90 minit ini menyaksikan kisah pengembaraan seekor Kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh bayang hitam.
"Dongeng Sang Kancil membawakan kembali Nini Razali sebagai pelakon suara Kancil. Nini Razali merupakan pelakon suara Kancil dari umurnya 12 tahun melalui siri Pada Zaman dahulu terbitan Les’ Copaque Production.
"Dongeng Sang Kancil juga merupakan penampilan pertama penyanyi Amir Masdi sebagai pelakon suara dengan membawakan watak Harimau Kumbang. Beliau bukan sahaja menyumbang suara untuk lakonan malah turut menyanyikan dua buah lagu," katanya.
Selain itu katanya, pelakon suara lain yang terlibat adalah Dinda Dania sebagai (Arnab), Loke Keng Sun (Sang Tupai), Md FadzrianIldzan Fadzian (Gajah Belukar), Muhammad Hafiz Hassan (Helang Perkasa), serta Ahmad Razuri Roseli (Raja Buaya) yang juga merangkap sebagai pengarah filem.
Dalam pada itu, Dongeng Sang Kancil turut menyelitkan hiburan dengan lima buah lagu mengiringi babak-babak dalam filem berkenaan.
Antaranya, ‘Dongeng Sang Kancil’,‘Hoo La Hey’, ‘Nasib Buaya’, ‘Bayang Hitam’, dan ‘Dikir Harimau Kumbang’.
TRIVIA DONGENG SANG KANCIL
1.Filem animasi pertama terbitan Les’Copaque Production bertemakan haiwan rimba yang diangkat ke layar perak.2.Filem animasi tempatan pertama yang menggunakan Dolby Atmos Finas.
3.Filem animasi tempatan pertama menggunakan tenik hybrid 3D & kesan khas 2D.
4.Produksi filem ini yang dijangkan akan mengambil masa 2 tahun berjaya disiapkan hanya dalam tempoh setahun setengah atas kehebatan krew Les’Copaque Production yang
kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
5.Untuk visual,ini adalah julung kalinya teknik 2.5D digunakan di layar perak dengan mengabungkan teknik animasi tradisional iaitu lukisan 2d frame by frame dan 3d key framing animation.
6.Bahagian rendering dan kompositing menggunakan teknik "layer based". Setiap satu shot/babak memerlukan purata 50 layer (5x ganda dari siri upin ipin). Setiap 1 shot memerlukan masa rendering sehari untuk di render. Semua ini penting demi mencapai maksud 2.5D.
Dongeng Sang Kancil terbitan Les' Copaque Production ini merupakan kerjasama Astro Shaw selaku pihak pengedar dan pemasaran bakal ditayangkan mulai 26 Disember ini.
Gunakan #DongengSangKancil #WiraRimba untuk berkongsi tentang filem ini di platform media sosial.
Ikuti perkembangan terbaharu dan klip menarik Dongeng Sang kancil di akaun media sosial media Les' Copaque Production dan Astro Shaw.
Must-Watch Video