Hiburan
Dolla Tumpang Gembira Syasya Rizal Sambut Anak Pertama, Tunggu Masa Sesuai Nak Lawat - “Kalau Dia Mahu…”
Kelahiran cahaya mata pertama, bekas anggota Dolla, Syasya, disambut gembira oleh Trio Dolla.
Tunggu masa sesuai mahu melawat
Menurut Sabronzo, dia bersama Tabby dan Angel sedang menunggu masa yang sesuai untuk melawat Syasya dan tidak sabar untuk melihat putera sulung penyanyi berkenaan.
Bagaimanapuh mereka masih memberi ruang kepada Syasya untuk selesai fasa berpantang.
“Kami sangat gembira dan teruja. Anak dia (Syasya) sangat comel. Kami semua tumpang gembira,”katanya ketika ditemui Gempak di majlis Pelancaran produk terbaharu minuman Yeos di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).“Kami percaya dia masih lagi dalam fasa berpantang dan sedang meluangkan masa bersama anak dan keluarga. Jadi kami akan beri ruang kepada dia dahulu untuk bersama keluarga.
“Selepas itu kalau dia mahu berjumpa dengan kami, kami bersedia untuk melawat.
ARTIKEL BERKAITAN:Terpaksa Makan Ikan Sebab Berpantang, Syasya Rizal Rindu Nak Minum Teh Ais
ARTIKEL BERKAITAN:Muhammad Yassir Hayyan, Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Sulung
ARTIKEL BERKAITAN:Alami Pendarahan Di Usia Kandungan 30 Minggu, Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pra Matang - “Kalau Dia Keluar, Mungkin Tak Boleh Survive…”
ARTIKEL BERKAITAN:Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”
ARTIKEL BERKAITAN:Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla! - "Nama You Tengah Naik & You Buat Keputusan Berkahwin"
Perancangan konsert pertama
Sementara itu, berkongsi mengenai karier, Dolla teruja untuk mengumumkan perancangan mereka untuk menganjurkan konsert pertama mereka di luar negara iaitu di Singapura pada tahun ini.Kata Sabronzo, konsert tersebut akan dilakukan istimewa buat peminat yang tidak dapat hadir pada konsert pertama mereka.
“Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla sebelum ini di KL, kami berharap akan mengadakan konsert di Singapura kali ini,” ujar duta rangkaian teh Yeo’s itu.“Sebelum ini kami dah buat konsert di KL dan sambutannya sangat hebat daripada peminat kami. Pada masa yang sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.
Terdahulu, Syasya Rizal berkongsi berita gembira iaitu selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Sekadar info, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024.
Must-Watch Video