,
Laman Utama

“Doktor Syak Baby Ada…”- Bayi Ditahan Di Hospital, Ariff Bahran Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Bersama Isteri

Syafiqah Jalal
26/07/2022
00:46 MYT
Penyanyi Ariff Bahran yang baru sahaja menimang cahaya mata pada Ahad akui sedih kerana tak dapat membawa pulang anak sulungnya bersama isteri hari ini.
Kata Ariff, bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disyaki mempunyai jangkitan kuman.
“Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah pun pulang ke rumah. Cuma anak pula sekarang masih di bawah pemantauan doktor sebab nak tengok takut ada jangkitan kuman dan sebagainya.
“Sedih juga bila tak dapat bawa baby pulang. Doktor pun beritahu dia syak ada jangkitan kuman. Harapnya tak ada apa yang serious,” katanya kepada Astro Gempak.
Ariff memaklumkan perkara itu kepada Astro Gempak selepas dihubungi melalui panggilan telefon.
Isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 3.32 pagi, semalam.
Berkongsi mengenai perasaannya yang kini sudah bergelar bapa, Ariff memberitahu teruja dan dalam masa yang sama terharu mellihat pengorbanan isterinya.
“Rasa terharu sangat sebenarnya, walaupun dah jangka perkara ini lebih 9 bulan lalu. Tapi tak boleh nak jangka perasaan masa hari sebenar. Rasa sedih tengok isteri kat labor room, tapi rasa rasa teruja juga nak dapat anak.
“Saya lihat sendiri semua proses itu dari contraction, sampai dalam labor room, memang tak boleh nak express sakit yang isteri rasakan.
“Saya tak pernah lihat isteri merungut sakit, tapi kali ni memang saya tahu sangat sakit. Walaupun saya ada sebelah dia, saya tahu saya tak boleh nak ambik kesakitan tu, cuma boleh bagi mental support je,” kongsinya lagi.
Seperti kebanyakan selebriti lain, Ariff turut mencipta sebuah akaun Instagram (IG) buat anaknya.
“IG tu dah ada tapi pada awalnya memang untuk dikongsi bersama keluarga saja. Insya-Allah nanti kita boleh kongsikan tentang anak dalam tu.
Setakat ini, Ariff belum bersedia untuk berkongsi nama anak sehingga ia didaftarkan kelak.
Terdahulu, Ariff dan isteri bernikah pada 3 September lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam selepas hampir tiga tahun berkenalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.