,
Gaya Hidup

Doktor Ini Dedah Kenapa Kaum Hawa Lebih Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

Umirah Halim
10/02/2024
01:00 MYT
Seorang pegawai medik, Dr Ahmad Samhan berkongsi punca kenapa kaum hawa lebih cepat gemuk berbanding kaum lelaki.
Menurut perkongsian Dr tersebut di platform X, perkara ini terjadi kerana wanita mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah daripada lelaki.
Menurut kajian yang dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW), kaum hawa mungkin lebih mudah gemuk berbanding lelaki. pic.twitter.com/qw7id7eLmj— Dr Samhan (@DoktorSamhan) February 8, 2024 “Kenyataan ini telah disokong oleh kajian yang dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW) kerana wanita membakar lebih sedikit kalori untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka termasuk pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran, berbanding lelaki.
“Wanita berbadan kecil mungkin memerlukan hanya 1,000 kalori sehari untuk mengekalkan fungsi badan yang normal, manakala wanita berbadan besar mungkin memerlukan kira-kira 1,600 kalori sehari.
“Sebaliknya, lelaki memerlukan antara 1,400 dan 2,000 kalori sehari untuk menjalankan fungsi badan yang normal,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.
Dalam pada itu, doktor tersebut turut berkata bahawa penurunan berat badan pada wanita adalah lebih perlahan berbanding lelaki.
Disebabkan itu wanita memerlukan diet yang dirancang dengan baik untuk menurunkan berat badan.
“Wanita mempunyai berat badan lebih daripada lelaki walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mempunyai makanan yang menambah berat badan,” tambahnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah menerima sebanyak 600 juta tontonan di aplikasi X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hawa Rizwana Kongsi Pengalaman Beraya Zaman Kanak-Kanak - "Ada Parut Dekat Muka Sampai Sekarang Tak Hilang"

gempak
12/04/2024
00:00 MYT
Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana berkongsi pengalaman yang tidak pernah dilupakan sewaktu beraya di kampung ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Laman Utama

Eric Lay ‘Melamar’ Hawa Rizwana Secara Live Di MeleTOP - “Tolong Senyum Sebab I Love Your Smile”

gempak
07/09/2023
13:50 MYT
Wah!
Laman Utama

Elak Kaki Sakit, Tiru Corak Berjalan Macam Suku Masai Di Kenya, Ini Fakta Teknologi Kasut Terkini!

gempak
12/08/2023
09:25 MYT
Apa itu teknologi The Masai Experience?
Laman Utama

Netizen Gelar Hawa Rizwana Mangsa Fesyen, Ini Jawapan Empunya Badan

gempak
06/06/2023
09:50 MYT
Ini jawapan Hawa mengenai fesyen yang digayakan.
Laman Utama

[VIDEO] Set MeleTop Hampir Roboh Gara-Gara MechaNabil, Hawa Rizwana Rasa Cuak!

gempak
08/12/2022
07:00 MYT
Wow hebat MechaNabil