,
Laman Utama

“Doktor Dah Cuba Yang Terbaik, Tapi Bukan Rezeki Dia" - Ibu Syamel Meninggal Dunia

Gempak
22/08/2021
16:21 MYT
Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, telah meninggal dunia sekitar jam 10.09 malam (Ahad).
Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamel.

"Doktor dah cuba yang terbaik. Tapi bukan rezeki dia, Allah lebih sayangkan umi, Syamel reda dengan pemergiannya.

"Syamel tengah uruskan jenazah di hospital sebelum dibawa ke surau berdekatan rumah.

“Semuanya mengikut SOP dan situasi sekarang. Tengoklah apa yang boleh Syamel usahakan insya-Allah.

"Insya-Allah kalau tiada apa, esok tengahari baru kebumikan," katanya.

Dalam pada itu, pemergian arwah ibunya itu turut dikongsi Syamel menerusi posting di Instagramnya.

Menerusi posting itu Syamel menitip berdoa supaya Tuhan ampunkan segala dosa ibunya.

“Ya Allah ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi, kau jadikan kuburnya seperti taman-taman syurga.

“Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk jadikan teman di alam sana.

“Sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, Wan Faaizah masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Wan Faaizah mula menerima rawatan pada pertengahan Julai lalu di unit rawatan rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan.

Syamel juga sebelum ini menafikan ibunya dijangkiti COVID-19 berdasarkan ujian yang disahkan pihak hospital.

Kali terakhir Syamel berhubung dengan ibunya hanya menerusi panggilan video sebelum Wan Faaizah ditidurkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.