,
Hiburan

“Doakan Yang Terbaik” - Bella Astillah Tiba Di Mahkamah

Mya Amri
13/06/2024
05:07 MYT
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sedikit lewat tiba tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sekitar jam 12:40 tengah hari, hari ini.
Kelewatan Bella itu disebabkan dia baru tiba di Malaysia dari Jakarta pagi tadi atas urusan kerja.
Bella yang hadir mengenakan jubah berona hijau dan ditemandi keluarga berharap prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP) hari ini berlangsung dengan baik.
“Bella dah lambat, tunggu Bella keluar nanti, doakan yang terbaik. Insya-Allah,” katanya ringkas.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Berkaca Mata Hitam Ditemani Pengawal Peribadi, Bapa Mohon Doakan Yang Baik-Baik

BERITA TRENDING: Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”

BERITA TRENDING: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

BERITA TRENDING: Bangga Pencapaian Bella Astillah, Marsha Turut Lakar Nama Di China - “Saya Akan Nyanyikan Lagu Sabah”

Sebelum ini, suaminya iaitu penyanyi Aliff Aziz juga hadir dan dilihat tenang semasa tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12:25 sebentar tadi.
Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu kerana tiada lagi perasaan sayang.
Semasa perbicaraan kedua prosiding cerai pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

BERITA TRENDING: “Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” - Ucapan Ulang Tahun Bella Buat Kekasih Adik Bikin Netizen Sebak

BERITA TRENDING: “Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.