,
Laman Utama

“Doakan Yang Baik-Baik, Hubungan Kami Makin Rapat” - Zulin Aziz

Mya Amri
08/05/2023
12:50 MYT
Pelakon, Zulin Aziz enggan memanjangkan masalah isu rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini.
Menurut Zulin, dia memilih untuk mengunci mulut dan tidak mendedahkan punca pergaduhan demi menghormati keluarganya.
“Doakan yang baik-baik hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku. Lebih baik saya tidak memanjangkan perkara ini.
“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya.
“Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang.
“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca.
“Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” kata ketika ditemui Gempak.
Bagaimanpun, Zulin menjelaskan insiden itu mempunyai hikmah tersendiri dan secara tidak langsung membuatkan dia dan suami menjadi lebih matang dalam perkahwinan.
Terdahulu, Zulin tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami, Farhan Norzaini di Instagram berserta keterangan gambar yang memberi bayangan mereka sudah berpisah.
Zulin juga turut menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan di Instagram bukanlah sekadar gimik atau 'content' seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.
Sekadar info, Zulin dan Farhan bernikah di Masjid Negara, di sini dalam majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jawi) pada 20 Februari tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hiburan

Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

gempak
16/10/2024
06:55 MYT
Dipuji kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
BorakSeeni