,
Laman Utama

D.O EXO Jadi Jay Chou Dalam Filem Remake Secret

Maliah Surip
15/02/2021
07:50 MYT
Aktor dan salah seorang anggota kumpulan EXO, D.O diumumkan sebagai pemegang karakter utama dalam filem remake Secret versi Korea Selatan.
Bekas pemenang Aktor Baru Terbaik dalam Blue Dragon Film Award itu akan membawa watak yang pernah dimainkan oleh pesohor Jay Chou menerusi filem asalnya yang ditayangkan pada tahun 2007.
Menurut laporan media Korea Selatan, pihak produksi Hive Media Corp, sudah mengumumkan D.O sebagai pemain utama dalam projek yang akan diarahkan oleh Seo Yoo Min itu.
Namun, watak pemain perempuan dari filem Taiwan yang cukup fenomena satu masa dulu itu masih belum ditemui.
Terdahulu, Secret yang merupakan sebuah filem romantik fantasi mengenai seorang pemain piano bertemu dengan seorang pelajar yang banyak memainkan lagu lagu cinta lama dibintangi oleh Jay Chou sebagai Ye Xianglun bersama Gwei Lun Mei.
Penggambaran filem Secret dijangka akan mula dijalankan pada pertengahan tahun ini.
Pemuda berusia 28 tahun yang baru menghabiskan latihan wajib ketenteraannya beberapa bulan lalu ini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah filem dengan judul sementara, The Moon.
Kredit Foto: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati

gempak
31/07/2024
08:03 MYT
Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Goh Jin Wei untuk menjadi pemenang kumpulan H disifatkan bermaruah malah tetap mendapat pujian peminat kerana aksi cemerlangnya.
Hiburan

Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

gempak
18/07/2024
14:50 MYT
Idola K Pop Kim Jaejoong mendedahkan dirinya adalah anak angkat yang diambil sejak kecil dan mempunyai lapan orang kakak dari keluarga tersebut.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.