HIBURAN
DJ Panda Mengaku Buat Pelakon Pengantin Setan Hamil Luar Nikah: “Kerana Sudah Mabuk…”
Setelah sempat menafikan dirinya sebagai lelaki yang bertanggungjawab membuat pelakon Pengantin Setan hamil, DJ Panda akhirnya mengalah.
Lelaki itu akhirnya mengaku merupakan bapa kepada anak luar nikah yang sedang dikandung Erika Carlina.
.jpg)
Pengakuan panjang lebar itu telah dibuat menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman sosial miliknya, lapor InsertLive.
Berusia 27 tahun, DJ Panda atau nama sebenarnya, Giovanni Surya Saputra itu mengaku pertama kali berkenalan dengan Erika menerusi media sosial.
Mereka kemudian bertemu dan menghabiskan masa pertama kali pada November 2024.
“Di bulan November, saya dan Erika janji untuk main biliar di Sency. Di sana kita minum-minum. Ada juga rakan Erika ada yang datang dan kami minum bersama. Selesai itu, kita pergi karaoke dan minum lagi. Saya sudah mabuk berat.
“Karena saya sudah mabuk, diajak pulanglah ke kediaman Erika. Dibilang 'Jangan pulang, di sini aja'. Keesokan harinya saya berangkat ke Batam, tiba-tiba Erika datang dan akhirnya teman saya perform, minum juga lalu pulang bersama," ujar DJ Panda membuka cerita.
Dia memberitahu pada 30 Disember 2024, Erika memberitahu dirinya hamil.
Meski sempat terkejut DJ Panda mendakwa mahu bertanggungjawab. Dia dan keluarga bertemu keluarga Erika dan mereka bersetuju untuk berkahwin. Dia dan Erika juga sempat tinggal bersama.
Namun Erika membatalkan rancangan perkahwinan selepas mereka berseteru.
"Dia kata ‘Saya sepertinya tidak bisa melanjutkan hubungan ini. Kamu diam saja, biarkan saya yang bertanggung jawab. Kalau boleh jangan ada orang yang tahu ini anak bapaknya siapa'.
“Saya tanya dia ‘tidak marah?’ Dia kata tidak. Jadi saya keluar rumah dan tidak pernah menghubungi Erika lagi,” ceritanya.
Dirinya kemudian hanya tahu mengenai perkembangan terkini Erika selepas pelakon tersebut muncul di podcast dan mendedahkan tentang dirinya hamil sembilan bulan serta bakal melahirkan anak luar nikah pada bulan Ogos ini.
Must-Watch Video