HIBURAN
DJ Kidd Kongsi Video Peluk Emma Maembong, Beri Bayangan Sudah Kahwin - “Saya Janji Akan Jadi Suami Terbaik”
DJ Kidd Kongsi Video Peluk Emma Maembong, Beri Bayangan Sudah Kahwin - “Saya Janji Akan Jadi Suami Terbaik”
Pelakon, Emma Maembong sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd berkongsi beberapa video mesra mereka.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IGs), DJ Kidd dan Emma dilihat saling berpelukan mesra ketika dipercayai bercuti di luar negara.
Lebih mengejutkan, DJ Kidd turut mengucapkan kata-kata romantis buat Emma malah berjanji akan menjadi ‘suami’ terbaik selain menggelarkan Emma sebagai ‘isteri’.
Menguatkan lagi spekulasi, DJ Kidd turut mencipta ‘highlight’ dalam Instagram yang memaparkan momen-momen manis mereka bersama.
Menjengah ke platform TikTok pula, Emma turut berkongsi video dia dan DJ Kidd menunggang motosikal bersama.
Sehingga kini, Emma masih mengunci mulut mengenai spekulasi dia sudah berumah tangga dengan DJ Kidd malah tiada sebarang hantaran berkaitan dibuat setakat ini.
Terdahulu, tular spekulasi Emma didakwa telah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 sebelum mengumumkan penceraian pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Must-Watch Video