Hiburan
Diusik Gosip Cinta Dengan Mr. E, Ini Reaksi Erra Fazira!
Primadona, Erra Fazira menyorot perhatian ramai apabila menggelar dirinya sebagai ‘Miss E’ ketika diusik mengenai khabar angin hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. E pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Tiada sebarang penafian yang muncul daripada mulut Erra, 51, dia sebaliknya hanya tergelak ketika pengacara program realiti terbabit, Nabil Ahmad mula membuka topik tentang kedai kuih dan gosip cintanya yang tular sejak beberapa hari lalu.
“Kenapa tiba-tiba nak tanya tentang kuih?
“Dia salah, Miss E (merujuk kepada dirinya),” jawabnya ringkas.
Difahamkan, Erra hadir ke GV11 bagi mempromosikan program terbaharunya, Borak Seeni.
Dalam masa sama, rakan selebriti yang juga pengacara program Borak Seeni iaitu Haziq Hussni sempat berseloroh Mr. E berpesan padanya supaya menjaga Erra.
“Mr. E ada minta saya datang jaga (Erra),” ujarnya.
Terdahulu, Erra mengundang perhatian ramai apabila memuat naik ucapan manis dalam InstaStory buat seseorang disulami dengan lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.
Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa dalam hatinya.
BERITA TRENDING: Bekas Hero Remaja 2021 Aryan Naim Tamatkan Zaman Bujang, Pasang Niat Mahu Empat Cahaya Mata
BERITA TRENDING: Jemaah Umrah Dipijak Ketika Berebut Cium Hajar Aswad, Netizen Titip Simpati & Nasihat
BERITA TRENDING: Umur Sudah 62, Demi Moore ‘Baru Merasa’ Menang Golden Globes Pertama Kali
BERITA TRENDING: Lelaki Pekak Alun Al-Fatihah Raih Tumpuan
Kurang sehari, ramai mula membuat andaian bawahan Mr E iatu merupakan Ezwan Zain, 44, yang juga seorang usahawan yang memiliki kafe kuih yang terkenal di sekitar Lembah Klang.
Lebih menguatkan spekulasi, Ezwan turut memuat naik foto Erra dalam InstaStory sewaktu mereka berdua keluar makan malam bersama sempena sambutan tahun baharu.
Sumber: Kosmo Online
Must-Watch Video