,
Laman Utama

Dituduh Tidak Promosi Filem Sendiri, Ini Jawapan MK K-Clique

Izwan Isa
03/02/2022
09:50 MYT
Hujung tahun lalu, penyanyi dan pelakon MK K-Clique dituduh tidak mempromosikan filem lakonannya iaitu Marabahaya Underground.
Menerusi laporan media, MK dikatakan tidak memberikan kerjasama sungguhpun telah tertakluk di dalam kontrak yang menyatakan tentang persetujuan mengenai promosi dan juga pemasaran.
Pihak produksi juga bingung dengan situasi berkenaan dan berharap agar MK dapat menyelesaikan perkara tersebut supaya imej syarikat tidak tercalar.
Justeru, berkesempatan bertemu dengan MK baru-baru ini, penyanyi berasal dari Sabah itu menjelaskan yang dia tidak berniat untuk tidak mempromosikan filem pertama lakonannya itu.
Katanya, dia terlambat dari segi jadual dan terlewat untuk mempromosikan filem berkenaan di media sosial
“Sebenarnya tidaklah serius sangat. Bukan jadi masalah pun. Filem tersebut dibikin sekitar tiga tahun lalu. Bukan masalah saya tidak promote atau apa… cuma terlambat dari segi jadual.
“Mungkin salah saya juga. Bukan lepas pandang tetapi terlambat sedikit. Selepas ini saya berjanji akan lebih berhati-hati dan lebih peka terhadap jadual promosi,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, MK bakal bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Tony Eusoff, Zizan Razak, Daiyan Trisha dan Chubb-E menerusi telefilem Rompak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”

gempak
28/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique menarik perhatian ramai apabila berkongsi berita kehamilan isterinya, Siti Hajaar, baru-baru ini.
Hiburan

Bukti Tak Gaduh, MK & Tuju Bergabung Lakukan Perkara Ini Bersama!

gempak
21/02/2024
09:55 MYT
Risiko gabungkan Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK dan TUJU.
Laman Utama

Tuju Keluar K-Clique, MK; "Saya Minta Maaf Kalau Dia Ada Tersinggung, Terasa Hati"

gempak
03/09/2023
08:59 MYT
MK rindu line-up asal K-Clique, bakal lancar single akhir tahun ini.
Laman Utama

[VIDEO] MK K-Clique Mohon Maaf Isu ‘Seat Belt’ - “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

gempak
30/07/2023
23:50 MYT
MK pun dah mengaku salah.
Laman Utama

[VIDEO] MK K-Clique Kongsi Momen ‘Love At First Sight’ Dengan Siti Hajaar - “Sombong Tapi Alhamdulillah Ia Adalah Perkara Yang…”

gempak
20/07/2023
08:50 MYT
Sweet la MK dengan Siti Hajaar.