,
Sukan

Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy

Izwan Isa
04/01/2024
01:55 MYT
Tiada angin tiada ribut, nama atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam atau Sharul Aimy tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dituduh sebagai sombong.
Menerusi komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna media sosial di platform Instagram sebuah portal sukan, individu tersebut meminta supaya Sharul tidak memilih bulu dan melayani peminat sama rata.
Sharul ketika dihubungi Gempak berkata, dia sememangnya terkejut apabila membaca komen yang ditinggalkan individu berkenaan.
Ujar Sharul, dia masih ‘tebal’ dengan sikap malu dan memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang terasa hati atau terguris dengan tindakannya.
“Sejujurnya saya amat terkejut apabila membaca komen daripada salah seorang peminat menerusi sebuah laman sosial Instagram milik sebuah portal sukan baru-baru ini.
“Dengan rendah diri, saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan tersebut dan akan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
“Bagi yang mengenali, mereka tahu saya masih tebal dengan sikap malu. Tak mengapa, saya akan cuba perbaiki diri demi semua. Terima kasih atas teguran,” katanya.
Sharul ketika ini dalam siri latihan di luar negara sebelum menyertai empat Piala Dunia Gimnastik Artistik di Kaherah (Mesir), Cottbus (Jerman), Doha (Qatar) dan Baku (Azerbaijan).
Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sebelum ini mencipta sensasi apabila berjaya menamatkan penantian 17 tahun skuad gimnastik untuk memenangi pingat di Sukan Asia selepas kali terakhir dilakukan Ng Shu Wai yang merangkul perak di Doha 2006 dalam acara sama.
Selain itu, atlet berusia 22 tahun itu mengakui jadualnya sepanjang tempoh 2024 cukup padat sekali gus perlu mempersiapkan mental dan fizikal dalam mengharungi cabaran itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

gempak
26/06/2024
23:55 MYT
Sharul ketika dihubungi berkata, dia percaya yang pihak pengurusannya sentiasa terbuka untuk berkolaborasi sekiranya diberi peluang.
Terkini

Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan

gempak
28/03/2024
08:55 MYT
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
Laman Utama

Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…

gempak
07/10/2023
04:42 MYT
Sharul Aimy tidak tolak bergelar pelakon
Laman Utama

#GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!

gempak
30/08/2023
07:55 MYT
Kisah penyumbang emas negara!
Laman Utama

“Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?

gempak
17/05/2022
00:55 MYT
Amboi masing-masing!