,
Laman Utama

Dituduh Hina Agama Sebab Makan Babi, Influencer Ini Terima Hukuman Setimpal…

Izwan Isa
21/09/2023
12:50 MYT

Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas tindakan keterlaluannya mempersendakan agama Islam.

Pempengaruh, Lina Mukherjee, 33, disabit bersalah oleh hakim di Palembang, Sumatera Selatan pada Selasa kerana menyebarkan maklumat bertujuan mencetuskan kebencian agama terhadap individu dan kumpulan agama tertentu.
Tindakan tegas dikenakan ke atas Lina berhubung video provokasi dikongsi wanita itu pada Mac lalu yang membaca doa ketika mahu menjamah hidangan babi dan meraih jutaan tontonan.
Tertuduh yang mengakui dirinya sebagai Muslim menerima kritikan banyak pihak termasuk badan ulama tertinggi, Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang dengan lantang menyifatkan perbuatannya sebagai menghina agama.
Lina turut didenda 250 juta rupiah (RM76,175) yang mana tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan jika gagal membuat sebarang bayaran.
Difahamkan, ia adalah kes terbaharu menghina agama yang menggemparkan negara majoriti Islam tersebut.
Pada tahun lalu, pihak berkuasa menahan enam individu atas kesalahan sama berhubung promosi minuman alkohol percuma yang ditawarkan sebuah rangkaian bar untuk pelanggan bernama Mohammed.
Hukuman tegas itu tidak hanya dikenakan ke atas rakyat biasa malah bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok juga pernah dipenjarakan selama hampir dua tahun berhubung kenyataannya ketika berkempen pada 2017.
Sumber: AFP menerusi Sinar Harian
BACA: “Hello, Aku Bukannya Nak Makan Sangat Pun B*bi Tu” - Terjamah Sandwich Ada Pork Belly, Norreen Bengang Orang Tanya Sedap Ke Tak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

gempak
15/07/2024
12:55 MYT
"Air di dalam baldi yang diminum kucing boleh dibuat wuduk," jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan persoalan dalam kesucian perlaksanaan wuduk dalam kalangan umat Islam.
Viral

Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban

gempak
21/06/2024
23:55 MYT
Ada satu hal yang menjadi perhatian umum gara-gara seorang mualaf memilih haiwan korban yang tidak halal untuk dimakan.
Viral

Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

gempak
05/06/2024
00:55 MYT
Susulan penularan berkaitan kes beberapa orang kanak-kanak secara tidak sengaja termakan daging babi akibat daripada kesilapan seorang pekerja penghantar makanan, Ustaz Hadhari tampil berkongsi berhubung perkara itu dari perspektif agama Islam.
Viral

Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

gempak
04/06/2024
07:03 MYT
Tular di media sosial seorang pengguna khidmat p-hailing meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan tersalah hantar juadah yang tidak halal ke rumah sahabatnya yang beragama Islam.
Laman Utama

Netizen Dakwa Jefri Nichol Masak Daging B*bi, Tanya Soal Agama

gempak
26/11/2023
03:55 MYT
Netizen Dakwa Jefri Nichol Masak Daging B*bi, Tanya Soal Agama