Viral

Dituduh Hanya Menyewa Banglo Mewah, Ini Respons Isa Isarb - “Kalau Sewa Pun Apa Masalah Dengan Awak?”

gempak
Asyikin Mayudin
23/02/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Hanya Menyewa Banglo Mewah, Ini Respons Isa Isarb - “Kalau Sewa Pun Apa Masalah Dengan Awak?”
YouTuber dan pempengaruh media sosial terkenal, Isa Isarb tampil menjelaskan dakwaan banglo mewah yang diduduki bukan miliknya.
BERITA TRENDING: Isa Isarb Terbangkan RM10,000 Ke Langit Untuk ‘Followers’, Terus Netizen Tarbiah; “Hormat La Sikit Duit…
Mengakui menyewa kediaman itu, Isa memberitahu banyak proses yang perlu dilalui sebelum menjadi hak miliknya.
“Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama.
“Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak.’ Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia.
“Mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual. Awak sebenarnya dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat.
“Macam mana awak nak bayar hutang saya?” katanya.
Berang dengan tuduhan netizen, Isa turut mendedahkan dia membayar sewa banglo tersebut sebanyak RM20,000 berserta kos penyelenggaraan RM10,000.
“Saya pelik sebenarnya.. kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumat awak, saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 termasuk aircond 40 HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya.
“Bil elektrik nak dekat RM15,000. Jadi, di situ saja dah dekat RM45,000,” ujarnya.
Dalam pada itu, Isa ingin tahu langkah seterusnya daripada individu terbabit yang sudah sengaja menviralkan dirinya.
“Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale, proses jual beli tengah berjalan. Saya boleh masuk awal tapi kena bayar sewa dekat pemilik lama.
“Sekarang in awak dah viralkan saya. Macam mana? Jadi awak dah kacau proses saya (beli rumah). You very disturbing, I hate you,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar