gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Kau Panggil Aku Pelacur Tapi Kau Yang...." - Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Jual Diri Dalam Aplikasi Cari Jodoh?
HIBURAN
Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”
HIBURAN
'Squid Game' Musim Ketiga: Pertembungan Terakhir Gi-Hun, Front Man
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Dituduh Guna Coklat Murah & Bukan Original, Pemilik Suka Dessert Beri Kenyataan - “Kalau Tak Percaya, Saya Akan Tunjuk Invoice”

gempak
Izwan Isa
24/01/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Guna Coklat Murah & Bukan Original, Pemilik Suka Dessert Beri Kenyataan - “Kalau Tak Percaya, Saya Akan Tunjuk Invoice”
Pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert tampil memberikan kenyataan susulan seorang individu mendakwa dia menggunakan ‘coklat murah’ dalam resipi manisan berasas coklat yang dijual di kafe miliknya.

BERITA TRENDING: “Jilat Sampai Habis Licin” - Fazley Buktikan Manisan ‘Campak-Campak’ Ramai Peminat, Netizen Sokong Itu…

Siti Hajar atau lebih dikenali sebagai Auntie Ja berkata, tujuan dia menjawab semula tuduhan dan dakwaan yang dilemparkannya di platform X itu adakan bukan kerana dia tidak boleh menerima kritikan.Tetapi, dia berbuat demikian kerana dia menganggap hal tersebut sebagai satu fitnah yang dilemparkan terhadap perniagaannya.
View this post on Instagram
A post shared by Suka Dessert (@sukadessert)
“Saya bukan nak jawab sebab saya tidak boleh terima kritikan. Saya anggap ia sebagai satu fitnah terhadap Suka Dessert. Pertama sekali, Suka Dessert tidak pernah menipu, atau campur (resipi) dengan coklat lain selain dengan coklat yang kami iklankan.
“Kalau tak percaya, saya akan tunjuk invoice, penggunaan Suka Dessert dalam seminggu lebih. Tengok harga berapa,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Auntie Ja berkata, jika dia membeli coklat murah, tidak mungkin dia boleh bayar dan supplier boleh mengeluarkan invoice seperti apa yang dipaparkan.
“Dekat tweet (platform X) dia beritahu yang dia takut up tweet ini… takut jika kena attack. Tapi saya nak tanya, tak takut ke up macam ni tapi dapat dosa besar sebab fitnah.
“Penat-penat saya bayar mahal-mahal tapi orang kata kita pakai coklat murah. Dan Auntie Ja minta maaf jika tidak menepati cita rasa anda,” katanya.
Terdahulu, seorang individu memberi kenyataan yang dia tidak menggemari manisan yang dijual oleh Suka Dessert.

BERITA TRENDING: Dah Macam Rombongan Cik Kiah, Pengasas Produk Viral Coklat Bijirin ChocoAlbab Angkut 5 Bas Ejen Ke Singapura!

Menurut hantaran yang diterbitkan, individu itu berkata coklat yang dimakan rasa seperti coklat biasa dan tidak seperti apa yang Auntie Ja selalu gunakan untuk resipi di kafe miliknya.
Topic Berkaitan
#Suka Dessert
Must-Watch Video