,
Laman Utama

Ditonton 8 Juta Kali, Wajah ‘Tak Siap’ Madonna Viral Di TikTok

Maliah Surip
06/04/2022
14:50 MYT
Pesohor Hollywood, Madonna nampaknya secara tak sengaja telah menjadi buah mulut dan viral dalam kalangan pengguna sosial.
Sayangnya, ia bukan respons yang positif. Hal ini lantaran banyak pengguna media sosial terutama dari platform TikTok terkejut melihat penampilan atau wajah terkini penyanyi sensasi tersebut.
Mengikut kronologi, bintang berusia 63 tahun itu telah mengemas kini akaun TikToknya sebelum anugerah Grammy berlangsung pada hujung minggu lalu.
Niat Madonna barangkali hanya ingin ‘menyapa’ peminat dan anugerah muzik tersebut, namun ia menjadi salah fokus apabila wajah penyanyi itu disifatkan sebagai ‘tidak siap’ oleh kebanyakan warganet.
Wajah Madonna kelihatan terlalu cengkung dan tirus pada bahagian pipi hingga ke dagu. Bibirnya pula dilihat membengkak, apalagi ia menjadi lebih ketara saat Madonna memberikan ‘ciuman’ kepada warganet.
Video dengan durasi 15 saat yang telah ditonton lebih 8 juta kali itu kemudian disambut ‘panas’ dengan persoalan yang dilemparkan warganet, lapor Dailymail.uk.
Selain mengelar wajahnya seperti ‘tidak siap’, ada yang bertanya: “Apakah yang telah dilakukan pada wajahnya?”
Malah ada yang menulis: “Adakah dia okay?” Sementara seorang lagi menulis: “Ini benar benar tidak siap!”
Ironi biar wajah Madonna dikatakan berubah kerana dirinya menggunakan filter, namun ramai yang percaya perempuan itu telah melakukan terlalu banyak pembedahan plastik sehingga membuat wajahnya yang dulu cantik dan diminati ramai kini bertukar ngeri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.