,
Berita

"Ditemukan Pada Tahun 2003 Ketika Akademi Fantasia 1…”- Khai & Rosma Sambut Anniversary Ke-12

Syafiqah Jalal
28/04/2020
09:16 MYT
Pasangan selebriti yang lahir dari program Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Khai dan Rosma menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Khai akui bersyukur perkenalan mereka daripada program realiti itu membawa ke jenjang pelamin hingga sekarang mereka sudah dikurniakan anak-anak yang comel.
“Happy Anniversary yang ke-12 tahun sayang, di bulan yang mulia ini.
“Syukur Alhamdullillah... sekejap sahaja sudah 12 tahun kita bersama dan usia perkenalan 17 tahun sudah.
"Ditemukan 2003 masa AF1 di Mines dan diijabkabulkan pada 2008 di Masjid Putra, Putrajaya.
“Terima Kasih sayang menjadi rakan, sahabat, isteri, teman hidup susah senang dan menjadi Ibu kepada 5 orang anak kita (2 orang sudah menunggu kita di syurga).
“Semoga hubungan kita sampai ke jannah. Sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Aamin," tulisnya.
Khai berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Khai memuat naik foto-fotonya bersama isteri.
Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma pada 2008.
Perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4, dan Dhania berusia setahun.

Happy Anniversary yang ke 12 tahun Sayang Di bulan yang mulia ini...??? . Syukur Alhamdullillah... Kejap je kan dh 12 tahun, Usia perkenalan 17 tahun dh. Diketemukan 2003 masa AF1 di Mines & Di ijab kabulkan pd 2008 di Masjid Putra, Putrajaya. . Terima Kasih Sayang menjadi rakan, sahabat, isteri, teman hidup susah senang & menjadi Ibu kepada 5 orang anak kita (2 orang sudah menunggu kita di Syurga). . Semoga hubungan kita sampai ke Jannah. Sentiasa di Rahmati & di Berkati olehNya. Aamin... ? . Abang ❤️ Sayang ❤️ Ayang . Gambar last sekali tu paling abang suka sgt2. ☺️ . #26April2020 #12Tahun #SelamatUlangTahunPerkahwinan #Happy12thAnniversary #KhaiRosma #MyBetterHalf #MyLove #MyWifey #SalamRamadan

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

gempak
14/07/2024
00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi sensasi Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

8 Tahun Menunggu, Mila Jirin Dapat Izin Suami Lancar Lagu Sandera! - "Banyak Perkara Saya Korbankan"

gempak
25/03/2024
04:55 MYT
Sandera jadi runut bunyi drama Khunsa.
Hiburan

"Papa Nyaris-Nyaris Nak 'Cemarkan' Majlis" - Zainol Macwilson Dedah Kejadian Malam Ijabkabul Aiman, Zahirah

gempak
22/02/2024
08:14 MYT
Bapa kepada pelakon jelita Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson mendedahkan kejadian tidak diingini yang berlaku ketika majlis ijabkabul anaknya dan aktor Aiman Hakim Ridza.
Hiburan

Dituduh Berseronok Dengan Rakan Lelaki Songsang, Khai Bahar Maafkan Pemfitnah! - "Kalau Nak Bercakap Kena Ada Bukti

gempak
18/01/2024
00:00 MYT
Jangan fitnah orang.