gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Peguam Nafi Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai - “Sebenarnya Kalau Ia Ditarik Semula, Maka Tiada Tarikh Tangguhan”
HIBURAN
Lepas Kecoh Isu Didakwa Fail Cerai, Isteri Fikry Ibrahim ‘Upload’ Foto Pegang Tangan - “Terima Kasih Kepada Yang…”
HIBURAN
Mewah & Klasik! Majlis Kahwin Adik Ipar Erissa Puteri Jadi Perhatian – “Ingatkan Wedding Orang Luar Negara..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ditegur Membazir Buang Kek RM2,000, Madammu Beri Penjelasan - “Ini Memang Dibuat Untuk Display, Tak Boleh Makan”

gempak
Mya Amri
19/06/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Ditegur Membazir Buang Kek RM2,000, Madammu Beri Penjelasan - “Ini Memang Dibuat Untuk Display, Tak Boleh Makan”
Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sambutan hari lahir anaknya baru-baru ini.

Kek hari jadi bernilai RM2,080

Namun apa yang menjadi tumpuan bukanlah majlis tersebut sebaliknya kek hari lahir anaknya yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,080.
Malah kek itu sendiri menjadi perbualan netizen kerana makanan yang ditempah bukan untuk dimakan.
Disebabkan ramai yang mula mempersoalkan tentang pembaziran dan fungsi kek tersebut, Madammu tampil memberi penjelasan secara santai menerusi siaran langsung (live) di media sosial.
Menurut Madammu, kek tersebut sememangnya telah dipesan khas sebagai kek perhiasan untuk majlis itu sahaja.

“Orang dok kalut Madam kek tu membazir, fondant tu rasa gula sahaja, saya memang dah buat kek untuk makan, jadi yang ini memang hanya untuk display, hiasan sahaja.

“Saya tunjuk baru anda puas hati, harganya RM2080. Iya, memang untuk ambil gambar sahaja,” ujarnya.

Kek untuk makan ditempah berasingan

Menjawab kritikan berlakunya pembaziran disebabkan dia meluahkan hasrat untuk membuang kek tersebut, Madammu turut menjelaskan bahawa kek sebenar untuk dimakan telah disediakan secara berasingan.

“Saya oder kek ini untuk perhiasan, dia tanya, saya nak buat dummy ke atau untuk makan. Saya kata kek makan buat asing, buat kecil-kecil untuk budak senang makan, kalau korang perasan ada yang macam cupcakes.

“Kek itu daripada kek ini lah juga, jadi asingkan siap siap supaya senang nak makan. Yang ini perhiasan sahaja.
“Tapi bila saya buat live, orang dok kalut-kalut kenapa tak potong kek, saya dah cakap dekat anda semua, ini hanya untuk demo,” jelasnya.
Berikut merupakan penjelasan Madammu:
@raa_noir.n0033540 Replying to @Inara menjawab tak soalan sis. Kek hiasan je untuk ambik gambar 😅🤭 #madammu #noir #birthdaycakekayden ♬ original sound - AMRAH NOIR
Topic Berkaitan
#Birthday
#Kek
#Madammu
#Kek Hari Jadi
#Dummy
Must-Watch Video