HIBURAN
Ditegur Bos Rambut Menipis, Nampak Tua… Lelaki Ini Sanggup Amal Gaya Hidup Extreme Nak Jadi Awet Muda, Siap Tak Keluar Malam & Berhenti Merokok!
Seorang lelaki Jepun sanggup mengamalkan gaya hidup yang sangat extreme untuk kelihatan awet muda selepas ditegur secara sinis oleh bosnya.
Nekad lepas dikutuk bos
Lelaki Jepun yang dikenali sebagai Aki, 33, berkata, dia nekad melakukan perkara itu selepas bosnya memberikan komen mengenai rambut yang semakin menipis dan penampilan dirinya kelihatan tua daripada usia.Disebabkan itu, Aki telah menjalani gaya hidup yang sangat ketat termasuklah rutin kecantikan harian, diet ekstrem, senaman dan penjagaan kesihatan yang teliti.
Usaha itu bagaimanapun berhasil selepas Aki berjaya mengekalkan kulit dan penampilan seperti 10 tahun lalu, hasil disiplin yang ketat.
Tak keluar lewat malam, berhenti merokok
Antara perkara yang dilakukan adalah dia tidak lagi keluar lewat malam, berhenti merokok, memakai pelindung matahari setiap hari, kerap bersenam dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.Selain itu, Aki juga turut melabur untuk rawatan kecantikan di salon khas bagi lelaki.
Selepas daripada itu, Aki percaya bahawa penampilan muda memberikan kelebihan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam hubungan cinta dan kerjaya.“Orang jadi lebih baik dan menghormati saya selepas saya berubah secara fizikal,” katanya seperti yang dilapor ABEMA News.
Must-Watch Video