,
Hiburan

“Disumbat Dalam Beg & Dicampak Dari...,” - Lelaki Ditikam Selepas Cuba Halang Pasangan Sejenis Berkahwin!

Hanafis Haris
30/11/2020
08:41 MYT
Seorang lelaki maut ditikam apabila cuba menghalang pasangan sejenisnya untuk berkahwin.
Tambah mengerikan, mayat lelaki tersebut disumbat dalam beg pakaian dan dibuang dari atas kereta api di Bharuch, Gujarat, New Delhi.
Difahamkan, kejadian membabitkan mangsa berusia berusia 46 tahun itu dikenali sebagai Neeraj Gupta.
Mangsa dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja lelakinya dikenali sebagai Faisal, 29.
Menerusi laporan dikeluarkan pihak berkuasa, Gupta dikatakan telah cuba menghalang Faisal untuk mengahwini tunangnya, Juber, 28.
Namun, pada 13 November lalu, berlaku pertengkaran membabitkan Gupta, Juber dan ibunya, Shaheen Naaz, 45.
Susulan daripada pertengkaran itu, Gupta kemudian dipukul di kepala dengan batu-bata oleh Juber, ditikam tiga kali di perut dan lehernya dikelar.
Wanita itu dan ibunya membantu Faisal yang juga suspek utama membuang mayat mangsa.
Perkara itu menjadi perhatian selepas polis diberitahu Gupta hilang dari Taman Kewal di Adarsh Nagar di barat laut New Delhi.
Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan polis selepas didakwa membunuh Gupta.
Isteri Gupta memberitahu polis dia mengesyaki Faisal terbabit dengan kehilangan suaminya kerana Faisal dan Gupta mempunyai hubungan, kata seorang pegawai kanan.
Ketika disoal siasat, Faisal turut mendedahkan dia bekerja untuk Gupta dan mempunyai hubungan sulit dengannya selama 10 tahun.
Walaubagaimanapun ibu bapanya mahu dia menikahi Juber dan bertunang dengan wanita itu.
Sumber: hindustantimes.com Gambar : ProCon
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.