,
Hiburan

Disney Temui Aladdin Dan Jasmine

Amri Hassan
17/07/2017
10:15 MYT
Disney akhirnya menemui pendukung watak Aladdin, Jasmine dan Genie untuk filem remake live action Aladdin.
Naomi Scott yang sebelum ini popular dengan watak Power Rangers merah jambu bakal melakonkan peranan Puteri Jasmine manakala aktor Will Smith akan menyumbangkan suara untuk karakter Genie.
Naomi yang berketurunan India-British menewaskan dua pesaingnya, Tara Sutaria dan Jade Thirlwall untuk watak Puteri Jasmine.
Pelakon baharu kelahiran Mesir, Mena Massoud pula akan menggalas watak ikonik Aladdin.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Walt Disney, Sean Bailey dalam satu acara di California, Amerika Syarikat hari Sabtu lalu.
Filem Aladdin pernah diterbitkan The House of Mouse pada tahun 1992 dan pernah memenangi trofi Skor Muzik Terbaik Academy Awards dan lagu terbaik A Whole New World dalam anugerah sama.
Kali ini, Guy Ritchie diberikan tanggungjawab sebagai pengarah filem berkenaan dan penggambaran akan dimulakan bulan Ogos.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Variety
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Fokus Hanya Pada Storyline, Ini Antara Drama & Filem Yang Guna 'Hidden Details' Untuk Cerita Latar Belakang Karakter

gempak
15/08/2024
14:55 MYT
Penceritaan sememangnya kunci utama dalam mana-mana drama mahupun filem. Akan tetapi, sesetengah drama dan filem bersifat lebih kreatif dengan mengimplikasikan perincian-perincian secara halus bagi menggambarkan latar belakang di sebalik karakter yang diketengahkan.
Hiburan

Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Mendapat Perhatian Menteri

gempak
25/03/2024
08:30 MYT
Pelakon Jasmine Suraya menyambut baik dan menghargai kesudian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang ingin mengkaji lebih lanjut mengenai isu tajaan pengajian yang dibangkitkan olehnya tempoh hari.
Hiburan

Kerajaan Sedia Pertimbang Kaji Bantu Jasmine Suraya Sambung Pengajian Di Los Angeles

gempak
25/03/2024
07:30 MYT
Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Laman Utama

[VIDEO] Busana Nampak Lurah Jadi Perhatian, Jasmine Suraya: “Let’s Serve More Of It”

gempak
04/08/2023
00:55 MYT
Wow!
Laman Utama

Ciplak Idea Tudung Magnet, Netizen Kata Tak Salah Sebab....

gempak
07/09/2021
06:50 MYT
Tak salah secara undang-undang...