,
Laman Utama

Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?

Amri Hassan
29/06/2022
05:50 MYT
Pelakon popular Hollywood, Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney bersama tawaran berjumlah RM1.3 bilion untuk kembali berlakon dalam francais filem Pirates of the Carribean.
Memetik laporan media antarabangsa, nama Depp terjejas susulan kes saman fitnah besar isterinya, Amber Heard hingga namanya digugurkan dari beberapa filem termasuk Pirates of the Carribean dan Fantastic Beast 3.
“Saya tahu bahawa ada syarikat menghantar bakul hadiah beserta surat yang menyentuh perasaan, namun tidak pasti bagaimana ia diterima oleh Depp.
“Apa yang boleh saya katakan adalah Disney telah menghasilkan draf untuk sebuah filem mengenai Jack Sparrow, jadi mereka amat berharap Depp dapat memaafkan mereka dan kembali kepada watak ikonik itu,” kata satu sumber rapat kepada laman gosip hiburan Poptopic.com.
Bagaimanapun, sebelum peminat teruja dengan berita itu, wakil Depp memberitahu NBC News, gosip yang didedahkan oleh laman gosip popular di Australia, Poptopic itu tidak benar.
Ia berikutan Depp rasa dirinya dikhianati oleh Disney.
"Ini direka-reka," kata wakil Depp pada Selasa.
Disney dikhabarkan sudah pun menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu. Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.
Depp yang melakonkan watak Jack Sparrow menerajui sekuel terdahulu filem itu selama 15 tahun.
Penampilan terakhirnya adalah menerusi sekuel Black Pearl in Dead Men Tell No Tales pada 2017 sebelum mengucapkan selamat tinggal terhadap projek berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!