,
Laman Utama

Diskaun Tiket 40% Ke Konsert Nyawa Akim & The Majistret x Azlan & The Typewriter

Amri Hassan
24/08/2022
08:56 MYT
Bersempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65, Khatulistiwa Production menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi pembelian tiket konsert Nyawa.
Kata penganjurnya, Carl Selvarajah, Konsert Nyawa yang menggabungkan dua kumpulan hebat iaitu Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter bakal berlangsung pada 16 September di Zepp KL.
"Dapat kita lihat, pelbagai konsert yang dianjurkan dan untuk tidak membebankan peminat-peminat Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter, pihak kami menawarkan diskaun sehingga 40 peratus!
"Saya percaya harga tiket asal sudah pun murah, dan dengan pemberian diskaun lagi, saya yakin ia mampu milik buat semua golongan," katanya.
Tambah Carl, pemilihan Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter kerana mereka telah memenangi anugerah dan juga sangat popular di kalangan peminat rock muda.
Sementara itu, mengenai konsert Nyawa, Akim Ahmad, 31, berkata, dia teruja beraksi bersama band di depan khalayak.
Kata Akim, gabungan dua band ini dianggap unik kerana belum pernah dilakukan sebelum ini.
"Konsert ini menggabungkan dua vokal berbeza antara saya dan Azlan. Saya mengambil peluang ini untuk melakar sejarah peribadi bersama Azlan," katanya.
Azlan Rosle, 40, pula menyifatkan gabungan Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter pasti akan memberi kelainan buat penonton kerana yakin mereka mempunyai keserasian yang sangat tinggi.
"Vokal kami saling melengkapi, begitu juga pemuzik kami yang berbakat dan berpengalaman. Setiap daripada kami akan mempersembahkan 10 lagu, dan kami akan mula berlatih dua minggu sebelum konsert," kata Azlan.
Konsert Nyawa - Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 September ini dibawa oleh Khatulistiwa Productions.
Tiket dijual pada harga RM150, RM180, RM230 dan RM280 menerusi laman sesawang http://ticket2u.com.my/nyawa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.