,
Laman Utama

Disangka Wanita Rupanya Pondan, Jaa Suzuran Suruh Fara Mendoza Bertaubat?

Syafiqah Jalal
25/03/2022
11:54 MYT
“Sudah lah…bertaubatlah!” kata pelakon dan penyampai radio Jaa Suzuran kepada Fara Mendoza selepas mengetahui jantina sebenarnya adalah seorang pondan atau trangender.
Namun itu hanyalah dialog Jaa atau wataknya sebagai Jejaka Kacak a.k.a Jaka dalam filem terbaharu Autumn In Wales yang sedang ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Mengulas mengenai watak sebagai Ina Karina atau Nasarudin Bin Karim, Fara Mendoza, 31, memberitahu dia menerima tawaran berlakon itu selepas dicabar oleh penerbit filem berkenaan Datuk Ayu Puteh.
“Sebenarnya saya dicabar untuk membawa watak pondan. Saya pantang dicabar apatah lagi saya memang minat berlakon jadi saya tidak berfikir panjang.
“Watak saya ketika itu seorang pondan yang teringin hendak berkahwin dengan seorang lelaki iaitu Jaka, namun di saat akhir Jaka ini mendapat tahu perkara sebenar dan dia terus membatalkannya.
“Bagi saya pula watak ini tidak susah kerana saya sendiri mempunyai ramai kawan yang sejenis ini dan saya menjadikan mereka rujukan,” katanya kepada Astro Gempak.
Fara atau nama sebenarnya Norfalinah Md Yunus dihubungi Gempak untuk bercerita lanjut mengenai wataknya dalam filem terbitan Pencil Pictures yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom.
Sementara itu, Fara yang sudah dua tahun tidak berlakon dan muncul di pawagam atau kaca televisyen memberitahu selepas ini dia bakal aktif dalam bidang seni.
“Sebenarnya ini salah satu filem untuk saya untuk ‘comeback’ dalam bidang ini. Saya mahu serius berlakon selepas ini.
“Saya harap saya diberi peluang untuk mewarnai dunia lakonan,” katanya yang bakal memulakan sebuah penggambaran yang turut diterbitkan oleh Pencil Pictures.
Filem yang bergenre romantik komedi itu membariskan pelakon-pelakon popular seperti seperti Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Wanna Ahmad dan Amirul Haswendy.
Filem ini turut menampilkan lagu tema utama bertajuk ‘Pandu Lalu’, nyanyian oleh Wanna Ali, penulis lirik dan komposer oleh Shazee Ishak dan Audi Mok.
Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.
Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.