,
Laman Utama

Dinie Rashid Janggal Tanpa Khai – “Dia Rakan Duo Saya, Selama Ni Atas Pentas…”

Fiza Kamarudin
22/03/2021
07:45 MYT
Penyanyi Dinie Rashid mengakui janggal menyanyi tanpa kehadiran rakan duonya, Khai, di atas pentas.
"Sejujurnya agak janggal membuat persembahan tanpa dia (Khai). Kebiasaannya kalau gementar atau takut atas pentas contohnya, saya akan pandang dia.
"Dia yang selama ini memberi semangat untuk saya. Agak pelik dia tak ada di sisi. Cuma atas paksi mencuba nasib, saya cuba menjenamakan nyanyian solo," katanya.
Dinie atau nama sebenarnya, Muhammad Dinie Abdul Rashid yang juga salah seorang peserta program Big Stage 2020 menepis dakwaan kononnya dia sudah tidak lagi bekerjasama dengan rakan duonya itu.
Katanya, sekalipun membuat eksprimen bergerak solo sejak tahun lalu, itu tidak bermaksud dia mahu meninggalkan Khai ketika ini.
Kata jejaka berusia 29 tahun kelahiran Pulau Pinang ini, dia dan Khai tidak mempunyai sebarang masalah ketika masing masing ada haluan tersendiri.
"Tiada istilah kami berpisah atau bersengketa. Kalau ada rezeki projek bersama, saya akan teruskan. Macam penyertaan saya di Big Stage tahun lalu pun kami sama sama berbincang.
"Kami masing masing bersetuju untuk cari rezeki dan rebut saja peluang depan mata. Lagipun dia lebih terarah kepada bermain gitar dan saya pula menyanyi.
"Maka ia bukan satu isu besar pun. Jadi ketika ini ada jenama Dinie Rashid secara solo dan gandingan duo kami," katanya.
Dalam perkembangan terkini, Dinie baru saja melancarkan single solo keduanya berjudul Cinta Di Paras Bahaya hasil ciptaan Ajai.
"Ini kira percubaan kedua saya tampil dengan lagu solo. Saya juga pernah muncul dengan dua single menampilkan gorengan gitar Khai menerusi judul Bukan Cinta Aku dan Tanpamu.
"Menyanyikan karya Ajai buat saya gementar sebenarnya. Komposer itu sudah mencipta banyak lagu hits untuk penyanyi di negara kita," katanya.
Kata Dinie yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan (mengalami 'molecular dystrophy' hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak) itu lagi, lirik lagu Cinta Di Paras Bahaya tiada kaitan dengannya.
"Ia lebih bersifat umum mengenai seseorang yang ingin cintanya dibalas. Cinta itu pada tahap kronik atau di paras bahaya dengan mengharapkan ia bakal dilengkapi orang dicintai.
"Senang cerita, lagu ini merumuskan situasi di mana 'you' kena cintakan 'i'," katanya
Terdahulu pada tahun 2016, dia pernah tampil dengan single solo pertama berjudul Pemilik Segalanya sekitar tahun 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Big Stage 2020

Tegar Septian, Aisha Retno Antara Peserta Yang Bakal Menggegarkan Big Stage 2022

gempak
19/01/2022
09:12 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

Dituduh Pura-Pura Buta Gara-Gara Guna Telefon Bimbit Dan Main Futsal, Dinie Rashid Berusaha Didik Peminat Mengenai Masalah Macular Dystrophy

gempak
25/10/2021
23:50 MYT
Tak baik kritik tanpa usul periksa
Laman Utama

Genap 100 Hari Pemergian, Lagu Terbaru Sandra Dianne Berjudul Sandra Dilancarkan

gempak
19/12/2020
06:50 MYT
Sedih dengar lagu ni, Al-fatihah Sandra.
Laman Utama

Rezeki Mencurah Selepas Keluar Big Stage 2020, Azzam Sham, Usop & Qody Rany Berlakon Telefilem Komedi Seram

gempak
11/11/2020
08:54 MYT
Tak sabar nak tonton!
Big Stage 2020

Dinie Rashid Mengaku Dulu Selalu Diperlekeh, Tapi Lepas Big Stage 2020 Diri Jadi Lebih Yakin

gempak
10/11/2020
09:00 MYT
Penyanyi Dinie Rashid yang juga bekas peserta Big Stage 2020 (BS2020) akui kekurangan dirinya pernah diperlekeh suatu masa dulu.