,
Laman Utama

Dinamakan Sempena Nama Haiwan, Lembu Tak Ada Masalah: "Ayah Aku Namanya Gajah"

Maliah Surip
03/02/2021
09:20 MYT
Salah seorang anggota kumpulan Clubeighties mempunyai nama yang cukup aneh dan tersendiri.
Dia diberi nama Lembu atau nama penuhnya, Lembu Wiworo Jati. Sewaktu menjadi tetamu dalam saluran YouTube Vincent and Desta, penyanyi Indonesia itu menjelaskan mengapa dia diberi nama Lembu oleh ayahnya.
"Ramai yang tanya nama Lembu itu asli ya?", tanya Desta kepada temannya itu.
"Iya, asli, original, kan kau tahu," jawab Lembu seperti dilaporkan dari Kompas.
Lembu kemudian menceritakan kronologi nama dan keluarganya. Dia menjelaskan, dalam keluarga, hanya dia dan ayahnya yang memiliki nama sempena haiwan.
"Nama ayah saya Gajah Supardi, dan aku Lembu, Lembu Wiworo Jati," kata Lembu.
Biar pada awalnya sempat mempunyai niat bertanya mengapa dia dinamakan dengan nama haiwan, namun Lembu tidak mempersoalkan keputusan sang ayah.
"Saya pernah nak tanya ayah kenapa nama saya Lembu diberi nama haiwan. Sebab dari sekolah rendah memang nama saya dan ayah, Gajah, menjadi masalah. Diejek dan dibuli. 'Woi Gajah' dan begitulah.
"Namun saya tidak bertanya kepada ayah alasannya menamakan saya Lembu. Saya pasti dia punya alasan kukuh mengapa memberi nama Lembu kepada saya," jelas Lembu.
Kata Lembu lagi, sebagai anak lelaki, hanya dia diberi nama sempena haiwan. Kakaknya diberi nama normal mengikut bahasa Sanskrit.
"Jadi mungkin kebetulan saya satu satunya anak lelaki, ayah senang menamakan saya sempena nama haiwan," tambahnya lagi.
Mengaku tidak langsung mempunyai masalah dengan namanya itu, Lembu juga sudah mempersiapkan satu nama sempena nama haiwan buat anak lelakinya jika kelak memiliki anak lelaki.
"Sekarang saya ada anak perempuan. Tapi kalau dapat anak lelaki, saya sudah punya nama, juga sempena nama haiwan untuk anak saya.
"Mungkin Mahisa. Mahisa itu maksudnya kerbau. Saya sudah beritahu sama isteri," katanya.
Instagram: @lembuwiworojati
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.