HIBURAN
Diminta Untuk Berdiam Diri, Cik Epal Bidas Kritikan Netizen - ‘Pergi Meninggal Dengan Term Classy Kau’
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang memintanya untuk ‘berdiam diri’ dalam mengulas isu peribadi membabitkan rumah tangganya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, bekas isteri Jofliam itu menegaskan wanita tidak seharusnya mendiamkan diri apabila berdepan dengan isu seperti kecurangan atau gangguan rumah tangga.
“Jadi wanita dekat Malaysia ini memang yang munafik akan disanjung. Suami anda curang anda kena diam baru classy.
“Ada wanita hamak try hard nak pengang anak anda, anda kena diam baru classy. Penyondol diam je nampak lagi classy,” tulisnya.
Bagi Cik Epal, setiap individu memiliki cara tersendiri untuk mempertahankan diri dan maruah keluarga.
“Ye lah, dah kerja dia menyondol. Memang lah dia diam. Dia tembak aku satu point, aku boleh lawan doplohnam juta point balik dekat betina hamak.
“Pastu compare aku dengan perempuan teraniaya lain. Ex depa tak tantrum boleh cerita la. Kalau ex aku diam dari awal, aku pon tak akan berkutik la,” katanya.
Mengulas tentang kritikan yang melabelkan dirinya sebagai ‘tidak classy’, Cik Epal menyifatkan istilah tersebut tidak wajar dikenakan terhadap wanita yang memilih untuk bersuara.
“Eh pergi meninggal la dengan term “classy” kau.
“Kau nak jadi classy, kau pergi lah ikut mazhab classy kau. Yang menekan-nekan orang nak ikut tekak kau apa hal?,” tambahnya.
Sekadar info, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
Must-Watch Video