,
Laman Utama

Dimaki Dan Digelar Penunggang Agama, Syura Bakal Ambil Tindakan - “Kalau Nak Merasa Naik Turun Mahkamah Sila Teruskan”

Mya Amri
07/12/2023
02:55 MYT
Penyanyi, Syura Badron bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang didakwa memberikan komen melampau susulan kes membabitkan Siti Nordiana.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syura memberikan tempoh 24 jam kepada individu itu untuk menghubunginya.
“Please take note! Untuk @zabbick please DM saya dalam masa 24 jam ini atau saya panjangkan perkara ini kepada lawyer,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syura juga menegaskan dia tidak kisah sekiranya netizen ingin memberikan teguran namun jangan sampai menggunakan bahasa kesar atau menghina.
“Korang yang nak menegur, saya terima dengan hati terbuka… Tapi tak perlu sampai memaki dan menghina..
“Korang tak sedar ke yang korang pun sedang mengumpat juga sekarang ni?
“Ambil lah pengajaran dari apa yang saya dah alami. Saya juga tak akan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara DM atau pun public!
“Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian… Tunggu je surat lawyer dari saya,” tegasnya.

BERITA TRENDING: Lan Solo, Isteri & Syura Badron Buat Sidang Media Walau Kes Dah Selesai, Ini Penjelasan Peguam!

BERITA TRENDING:Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta

Untuk info, Siti Nordiana bersetuju menyelesaikan secara baik kes fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu termasuk dua rakannya, Lan Solo dan Syura Badron.
Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya dia bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.
Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun IG masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar