gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Batal Kahwin, Tunang ‘Main’ Dengan Sister Hong
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Gundah Jadi Taruhan, Darling Harap Emosi Tak ‘Overpower’ Persembahan - “Saya Akan Cuba…”
HIBURAN
“Saya Tak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya” – Aaron Aziz Nafi Tutup ‘Periuk Nasi’ Agensi Pengurusan Haji & Umrah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
29/09/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak
Kemelut antara penyanyi Shila Amzah dan ibunya iaitu Fauziah Sarman sudah berakhir apabila mereka dilihat bersama dalam perkongsian foto di Instastory.

Majlis akikah cucu

Menerusi perkongsian Fauziah atau Mamazie memuat naik foto dia menghadiri majlis akikah cucu perempuannya iaitu Rhea Akira yang diadakan pada Sabtu.

Selain ibu, adik-beradik Shila iaitu penyanyi Shada Amzah dan Amir Shahir turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Perkongsian itu juga membuktikan Shila dan keluarganya kini sudah berbaik serta kembali bersatu.
Tiada kapsyen yang ditulis pada foto berkenaan, Fauziah dilihat tersenyum bahagia selain meletakkan lagu berjudul Alhamdulillah nyanyian kumpulan Rabbani sebagai muzik latar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

Bukan itu sahaja, Fauziah juga sempat mengambil swafoto bersama anak sulungnya itu.
Keluarga Fauziah menjadi bualan hangat netizen selepas Shila didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo terletak di Hulu Langat pada Oktober tahun lalu.
Namun Shila menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan niatnya mahu mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya itu.
Namun isu tersebut dilihat selesai selepas adik Shila iaitu Syada sudah berpindah daripada rumah berkenaan selain penyanyi itu dilihat sedang dalam proses menjual banglo tersebut.
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#Syada Amzah
#Fauziah Sarman
#Ibu Shila Amzah
#Amir Syahir
#Shila keluarga
#Adik Shila Amzah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement