,
Hiburan

Dilantik Jadi Duta Mualaf, Daqmie; "Ia Satu Amanah Yang Berat"

Amri Hassan
16/03/2024
09:20 MYT
Perkim Bahagian Datuk Keramat menjalinkan kerjasama dengan penyanyi dan komposer Daqmie bagi menyantuni mualaf di negara ini.

BERITA TRENDING: “Dia Sangat Bagus Cuma Masalahnya…”- Daqmie Puji Usaha & Kegigihan Nuha Bahrin Menyanyi Lagu Casablanca

Pengerusinya, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pemilihan Daqmie sebagai Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat adalah bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.
“Setelah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Daqmie, kami bersetuju untuk menjalin kerjasama bagi memantapkan program dakwah khususnya untuk golongan mualaf.
“Antara bentuk kerjasama itu ialah menyediakan kit pembelajaran agama dengan diselitkan unsur hiburan bagi menarik minat dan pemahanan mereka,” katanya.

BERITA TRENDING: “Kalau Orang Kenal Lagu Saja Pun Tak Apa, Asalkan Saya Ada Kerja Nak Sara Anak Bini” – Daqmie Muncul Dengan…

Daqmie atau nama sebenarnya, Azmee Abdul Manap pernah melakar sejarah tersendiri apabila album baharunya bertajuk Daqmie Ramadan 1445 habis dijual sebelum dilancarkan Februari lalu.
Sementara itu ketika ditanya tentang pemilihannya sebagai Duta Mualaf, beliau berkata akan memberikan yang terbaik bagi membantu golongan mualaf untuk memahami Islam dengan lebih mudah.
“Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat, namun Insyallah saya bersama-sama Perkim Datuk Keramat akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk golongan mualaf ini.
“Diharapkan usaha ini akan membantu dan menarik minat mereka untuk terus mendalami ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya ringkas.

BERITA TRENDING: 12 Tahun Mualaf, Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam

Mengulas lanjut, Daqmie turut menjelaskan pihaknya dengan kerjasama dengan Perkim Datuk Keramat dalam pembikinan lagu-lagu berunsur dakwah mengenai mualaf di negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

gempak
12/09/2024
01:51 MYT
Memegang watak sebagai seorang mualaf yang memerlukan dirinya memakai tudung membuatkan pelakon Nina Kho berasa teruja biarpun mengakui sukar untuk menggayakan imej itu.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink

gempak
23/07/2024
08:27 MYT
Siapakah Dali Wassink? Berikut merupakan beberapa fakta mengenai lelaki yang pernah bergelar suami kepada pelakon Jennifer Coppen itu
Viral

Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”

gempak
22/07/2024
05:55 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila jenazah Dali Wassink iaitu suami kepada pelakon Jennifer Coppen dari Indonesia diuruskan secara kremasi atau dibakar.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.