,
Hiburan

Dilabel Nampak Macam Nenek Bila Dengan Suami, Jasmin Hamid Komen - “Apa Salah Saya Dekat Awak..?”

Mya Amri
23/01/2024
05:55 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid memberikan teguran terhadap seorang netizen yang melabelkan dirinya kelihatan seperti nenek apabila bersama suami.
Menurut Jasmin, tindakan netizen itu dianggap keterlaluan kerana meninggalkan komen yang melukakan hatinya.
“Astghfirullahalazim, hazabnya mulut awak ni. Apa salah saya dekat awak, awak sudahlah bukan follower saya.
“Masuk rumah saya lepas tu tinggalkan komen macam ni, awak tahu tak awak dah sakitkan hati saya dan yang paling penting awak telah menidakkan kebesaran Allah.
“Awak lupa ya jodoh, ajal, maut, rezeki semuanya di tangan Allah. Begitu juga saya bila dijodohkan dengan suami muda,” ujarnya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Bagaimanapun kata Jasmin, sebagai seorang manusia dia telah pun memaafkan individu tersebut.
“Itu adalah rezeki saya dan ketentuan Allah. Tak apalah, saya maafkan kekhilafan awak dan saya doakan awak mendapat hidayah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada manusia yang lain,” katanya.
@jasminhamidjh Replying to @anonymous19674 Kalau hati yang busuk tu,boleh di bau..nescaya tak ada sesiapa pun yang akan dekat dengan orang -orang sebegini..JAGA LISAN sebab semuanya akan DI HISAB.. ALLAH MAHA BAIK #kualalumpur #pelakonmalaysia #suamiistri #malaysianactress #allahmahabaik #netizen #mulutcelupar ♬ original sound - jasminhamidjh
Terdahulu, seorang netizen telah meninggalkan komen ‘Nenek dengan cucu’ dalam video sambutan ulang tahun perkahwinan kedua Jasmin bersama suaminya, Nazmir Abd. Rahim.
Disebabkan itu juga, Jasmin kemudiannya memuat naik satu video untuk menegur sikap biadap netizen berkenaan.
Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November 2021.
Sebelum ini, Jasmin pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada 2000 dan berpisah pada 2008.
Hasil perkahwinan terdahulu Jasmin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.