,
Hiburan

Dilabel Kurang Maskulin, Wanita Kurang Tertarik Dengan Lelaki Pencinta Kucing

Azwa Rahman
23/06/2020
08:02 MYT
Menjadikan si manja sebagai haiwan peliharaan merupakan satu hobi atau terapi kegemaran ramai.
Namun, pasti ada kaum Adam yang membela kucing berasa kecewa selepas mendengar hasil kajian ini.
Memetik laporan Astro Awani, hasil kajian Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.
Di dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.
Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.
Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.
Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.
"Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki," rumus kajian itu.
Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.
Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat.
"Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person).
"Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin,” tulis kajian itu lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.
Viral

"Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

gempak
27/08/2024
21:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah terkena jangkitan kuman pada bahagian lengan akibat digigit seekor kucing.