,
Hiburan

Dikecam Tak Tangisi Pemergiaan Suhaimi Saad, Ina Naim; “Lainlah Kalau Suami Meninggal Dalam Keadaan Mati Katak Atau Buat Maksiat…”

Asyikin Mayudin
29/06/2024
02:55 MYT
Ketabahan isteri kepada Allahyarham penyanyi dan bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang tidak menitiskan air mata ketika pemergian arwah menarik perhatian netizen.

Segelintir Pihak Tak Puas Hati

Bagaimanapun, sikap Ina yang dikagumi ramai itu rupa-rupanya pernah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

Tidak hanya itu, ibu kepada empat cahaya mata itu dihamburkan kata-kata kesat susulan tidak meratapi kematian Suhaimi.
Pemilik nama penuh Nordiana Mohd Naim itu akhirnya menjelaskan apa yang menyebabkannya begitu tabah sepanjang proses pengurusan jenazah dan pengebumian suaminya sehinggalah sekarang.

“Ada orang cakap, ‘dia ni memang gila, tak betul..laki mati tak menangis’. Nak buat apa kita menangisi kematian suami? Lainlah kalau suami meninggal dalam keadaan mati katak atau buat maksiat… yang itu kita sedih.

"Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatima. Para malaikat, bidadari dan ALLAH sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu," jelas Ina menerusi sesi live di TikTok.

Ingat Pesanan Allahyarham

Masih mengingati pesanan Allahyarham dalam mengemudi rumah tangga, Ina berkata, dia akan sentiasa mengingati pesanan arwah suaminya iaitu menghindari riba.

"Perkara yang dia paling jaga sejak muda adalah nak membeli barang. Alhamdulillah terhindar daripada segala riba termasuk telefon, penapis air, tilam, rumah.

"Dia pesan dekat saya, kalau nak beli barang, belilah secara tunai. Kalau tidak ada sabar tunggu. ALLAH akan bagi. Jangan ambil riba, riba adalah musuh ALLAH.
"ALLAH tak suka mereka yang ambil riba, mereka yang ambil riba dia seolah-olah sedang berperang dengan ALLAH," luah Ina.
Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada pada 15 November 2023 di usia 43 tahun selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

ARTIKEL BERKAITAN: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Mawi Doakan Ina Naim Tabah - "Alhamdulillah Kalau Ramai Bercerita Kebaikan Kita"

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat Suhaimi Mahu Anak Sulung Mandikan Jenazahnya Termakbul - “Kami Semua Rapat Dengan Ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Arwah Hidup, Dia Pernah Cakap Nak Usianya Sampai 43 Tahun Sahaja” - Ina Naim Reda Pemergian Suami

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Viral

Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

gempak
03/08/2024
04:55 MYT
Jika dahulu kaum hawa kebanyakannya menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja, namun zaman semakin maju, lebih ramai wanita yang memilih untuk tetap bekerja meskipun sudah bergelar seorang ibu.