,
Laman Utama

Dikecam Selepas Minta Student Panggil Dirinya Daddy, Sir Uzairi Akui Silap, Letak Jawatan Sebagai Guru Pusat Tuisyen

Izwan Isa
09/12/2021
03:50 MYT
Kecoh di media sosial apabila guru tuisyen popular, Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib mengaku silap selepas terlanjur meminta pelajarnya memanggil dirinya dengan gelaran daddy baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Twitter, Uzairi yang viral selepas menggunakan teknik mengajar yang lincah dan menghiburkan beberapa tahun lalu meminta maaf dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pusat tuisyen di mana tempat dia bertugas.
it has been brought to my attention that the video has raised major concern amongst the public. i apologize for the disturbance caused by the video.— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021 “Kita seharusnya menjadi pendidik, tetapi kali ini, saya yang sepatutnya belajar sesuatu. Saya sedar bahawa video berkenaan telah menimbulkan kebimbangan ramai. Saya minta maaf atas kembimbangan yang tercetus disebabkan video berkenaan.
“Sebagai seorang pendidik, saya sedar sepenuhnya tentang kod etika yang mesti saya patuhi dan kepentingan terbaik semua pelajar saya yang saya pegang dengan standard tertinggi. Disebabkan kecuaian saya, apa yang mungkin bermula sebagai gurauan santai ternyata bertukar menjadi sesuatu yang sangat serius.
“Dari lubuk hati yang terdalam, saya benar-benar memohon maaf kerana tersalah kata. Saya belajar daripada pengalaman ini dan saya telah memutuskan untuk berehat bagi bermuhasabah sepenuhnya atas kejadian ini. Tindakan saya itu adalah atas diri saya dan disebabkan saya sendiri.
“Saya benar-benar berharap semua orang tidak mengganggu rakan sepasukan saya. Mereka tidak melakukan apa-apa untuk menerima ini semua ini.
“Oleh itu, saya mengemukakan peletakan jawatan saya daripada @mcplus_my berkuat kuasa serta-merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa malang ini,” tulisnya di Twitter.
Terdahulu, viral di media sosial sepotong video memperlihatkan Uzairi yang difahamkan sedang berinteraksi dengan para pelajar secara live. Menerusi video berkenaan, Uzairi meminta pelajar yang menonton memanggilnya daddy. Kecaman dilemparkan kepada Uzairi memandangkan gelaran daddy tersebut merupakan sexual innuendo (sindiran seks) yang dilihat tidak patut digunakan oleh seorang guru, apatah lagi dengan anak murid bawah umur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Jijik Lihat Orang Awam Beramah Mesra Bersama Hot Daddy - “Dengan Pegang Anak, Tapi Gelak Gelak Dengan Bapak Ayam”

gempak
10/02/2024
14:00 MYT
Sebuah video yang memaparkan seorang gigolo yang dikenali Hot Daddy Ash beramah mesra bersama beberapa orang awam mengundang rasa kurang senang netizen.
Terkini

"Perlu Ker Jadi Role Model?" - Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Netizen Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas!

gempak
06/02/2024
09:30 MYT
Tindakan laman web penstriman yang menjemput duda terkenal, yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Laman Utama

[VIDEO] Jadi Owner Kedai Satay, Papa Kelakar... Ramai Love Eizlan Yusof Dalam Senduk Swap!

gempak
27/08/2022
02:54 MYT
Datuk Seri Eizlan Yusof jadi daddy kelakar! Ramai puji...
Laman Utama

Kongsi Gambar Paras Bahu Tidak Berbaju, Netizen Gelar Alvin Chong Daddy

gempak
06/09/2021
08:50 MYT
Wow!
Laman Utama

Disangka Perempuan Simpanan, Ariel Tatum Ditawarkan Harga Lumayan Untuk Tidur Bersama

gempak
28/06/2021
14:50 MYT
dia memang berpenampilan seksi