,
Laman Utama

Dikecam ‘Rempit’ Dan Dikritik Tidak Layak Beri Ceramah Motivasi, Haqiem Stopa Tampil Beri Kenyataan: “Sebenarnya Saya…”

Izwan Isa
07/07/2022
13:50 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter berkenaan dengan penglibatan selebriti media sosial, Haqiem Stopa dalam sebuah ceramah motivasi yang diadakan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Menerusi respons-respons yang diberikan, kebanyakan daripada pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang terhadap penglibatan Haqiem dalam ceramah berkenaan.
Hal ini kerana, ramai yang beranggapan imej ‘rempit’ yang melekat pada lelaki berusia 23 tahun itu tidak selari dengan audiensnya, iaitu pelajar sekolah.
?In April, three boys aged between 15 and 16 were killed due to riding motorcycles.
? Also a 14 year old was arrested under “Ops Samseng Jalan” for involving in Mat Rempit activities@KemPendidikan @RadziJidin pic.twitter.com/2X7fTtQOdB— Elill (@Elill_E) July 5, 2022 Selepas menerima kecaman yang sangat teruk, Haqiem akhirnya memuat naik kenyataan di Instagramnya bagi menjernihkan keadaan.
"Sebenarnya saya telah dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran seperti saya sewaktu di sekolah dahulu.
"Belia Mahir ini merupakan satu organisasi yang mencari pekerja-pekerja berkemahiran, sekali gus memberi bimbingan dan sokongan agar mereka mempunyai kerjaya serta pendapatan," kongsinya.
Jelas Haqiem, walaupun dia tidak meraih keputusan yang baik, dia tetap menyimpan keinginan untuk mengubah kehidupan demi membantu ibu dan bapanya.
Haqiem juga menjelaskan yang dia sama sekali tidak mengajar mereka membawa motosikal tetapi lebih kepada berkongsi tentang latar belakang serta isu buli siber yang dihadapinya.
“Saya berkongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang baharu. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah di masa hadapan. Bukannya ajar mereka merempit,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Ustazah Siti Afifah Statement ‘Mengarut’, Ikon Permotoran Tiada Lesen! Jom Semak 5 Influencer Yang ‘Bikin Kecoh’ Sepanjang 2022!

gempak
30/12/2022
15:00 MYT
Jom semak 5 nama influencer yang buat hal tahun ini!
Laman Utama

Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

gempak
14/12/2022
08:36 MYT
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rawang
Laman Utama

[VIDEO] Zul Huzaimy ‘Sekolahkan’ Haqiem Stopa, Netizen Back Up; "Masih Positif & Terima Teguran Otai... Respek!"

gempak
05/09/2022
02:00 MYT
Haqiem Stopa ditegur Zul Huzaimy
Laman Utama

Data Peribadi Tersebar Akibat Surat Samannya Viral, Haqiem Stopa Buat Laporan Polis

gempak
20/07/2022
08:40 MYT
Haqiem Stopa buat laporan polis
Laman Utama

Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen - “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”

gempak
18/07/2022
23:50 MYT
Ikon Permotoran disaman atas kesalahan memandu tanpa lesen