,
Laman Utama

Dikecam Bergambar Dengan Kazar, Ini Jawapan Fasha Sandha - “Saya Tak Campur Hal Peribadi...”

Asyikin Mayudin
01/06/2023
00:50 MYT
Gara-gara memuat naik foto bersama pelakon Kazar di Instagram, Fasha Sandha menerima kecaman daripada netizen yang rata-ratanya mahu aktres itu memadam gambar mereka.
Bagaimanapun Fasha memberitahu tujuan perkongsian itu dibuat kerana mereka berdua kini sedang menjalani penggambaran drama bersama dan ia juga untuk promosi.
“Ya, saya diberitahu ramai yang minta posting ada gambar abang Kazar dibuang. Saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon, posting saya adalah untuk drama tersebut.
“Sebelum ini saya berlakon dengan dia untuk drama terbitan Jalena Rejab Bang Maznah datang sebagai Maznah dan untuk drama Tiga Sekawan Aidiladha saya sebagai cik Ainun janda yang menjadi rebutan.
“Saya tak tahu kenapa saya perlu buang gambar abang Kazar kerana dia turut berlakon dalam drama tersebut dan dia menjadi pilihan penerbit dan stesen TV tersebut,” kata Fasha kepada Gempak.
Menurut isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon untuk mempromosikan drama tersebut dan tidak pernah mencampurkan urusan kerja dengan peribadi.
“Saya pula hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Setiap pelakon perlu membuat posting untuk promosi drama tersebut.
“Saya tidak pernah campur hal peribadi mana-mana pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan komitmen sebagai pelakon. Apa apa pun terima kasih kepada yang mengambil berat. Saya amat hargai,” ujarnya.
Terdahulu, netizen menganggap Fasha tidak sepatutnya bergambar dengan Kazar yang mempunyai kontroversi melibatkan anaknya iaitu Ira Kazar.
ARTIKEL BERKAITAN: "Rehat Jap, Penat Kena Buli" - Kazar Saisi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

gempak
12/11/2024
02:55 MYT
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hiburan

Bimbang Lihat Rakan Artis Bercerai, Fasha Sandha & Aidil Aziz Hanya Doa Terbaik - “Betul, Menakutkan Tapi Semua Itu…

gempak
10/11/2024
02:55 MYT
Ramai pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai sehingga memberi impak yang negatif terhadap industri seni dan menyebabkan ada pihak berpendapat ia seolah-olah sudah menjadi trend.
Hiburan

Ira Kazar Tak Sentap, Terima Teguran Guru Vokal - “Terima Kasih Sangat Diperlukan, Nanti Saya Datang Kelas Cikgu”

gempak
06/11/2024
23:55 MYT
Personaliti media sosial, Ira Kazar tidak cepat melatah apabila persembahannya disebuah acara baru-baru ini mendapat teguran seorang guru vokal.
Hiburan

Persembahan Nyanyian Jadi Perhatian, Ira Kazar Komen - “Sangat Gementar, Lagu Tu Saya Pilih Sebab Masa Kecil…”

gempak
31/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh, Ira Kazar akui sangat gementar semasa membuat persembahan penutup di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather yang diadakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Hiburan

“Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar

gempak
30/10/2024
08:33 MYT
Pelakon, Kazar Saisi tidak pernah menghalang anaknya, Ira Kazar untuk menceburi bidang seni.
Unitar