Laman Utama
Dikecam Banyak Duit Tapi Tiada Taste Dalam Berfesyen, Ini Jawapan Cik B!
Anak kepada Datuk Seri Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B membidas kembali cakap-cakap nakal yang dilontarkan netizen kepada dirinya.
Menerusi ciapan di Twitter, Cik B menjelaskan sebab mengapa dia mengenakan pakaian berjenama dari hujung rambut hingga kaki, lengkap dengan aksesori.
Ujar Cik B, dia mengenakan pakaian tersebut bukan untuk menunjuk dari segi stail, tetapi lebih kepada perihal keselesaan.
“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai. Cik B main rembat je apa dalam almari asalkan selesa.
“Bukan nak flex atau style sangat pun. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?” ujarnya sambil mengulang ciap kritikan yang dilemparkan kepadanya.
Cik B membalas ciapan tersebut selepas seorang netizen mempertikaikan cara pemakaiannya dan mempertikaikan cita rasanya sebagai orang yang berpendapatan tinggi.
Menurutnya, sungguhpun Cik B mempunya wang yang banyak, namun dia dilihat tidak mempunyai cita rasa dalam berfesyen.
Hal tersebut dilihat mendapat persetujuan kebanyakan netizen yang turut sama bersetuju dengan pandangan berkenaan.
Terdahulu, akaun Instagram Beast Lab yang terkenal dengan pendedahan harga pakaian berjenama milik selebriti tempatan mendedahkan harga persalinan yang pernah digayakan oleh Cik B.
Menurut perkongsian tersebut, Cik B pernah mengenakan pakaian, kasut dan aksesori berjumlah sehingga RM657,750.
Must-Watch Video