,
Berita

Dikdawa Melanggar Hak Cipta Sebuah Novel, Yusof Haslam Peroleh Kebenaran Untuk Mencabar

Rozaimi Zubaidi
25/07/2018
02:48 MYT
Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, berjaya memperoleh kebenaran untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berhubung hak cipta sebuah novel dalam kes saman berkaitan filem syarikatnya, 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam'.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, dalam keputusannya, membenarkan permohonan Yusof bersama anaknya lelakinya, Shamsul dan syarikat Skop Production selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun tarikh merayu akan ditetapkan kemudian. Turut bersidang bersama ialah Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Aziah Ali.
Sementara itu, peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Yusof dan dua lagi, ketika ditemui berkata pihaknya akan mengemukakan dua persoalan undang-undang untuk Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Menurutnya, mahkamah sudah mendengar dan bersetuju bahawa kes itu seharusnya diberi kebenaran untuk dibawa berhujah ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
"Dua persoalan undang-undang dibenarkan dan ia menjurus kepada isu penting iaitu berkaitan konsep hak cipta di arena percetakan dan hiburan iaitu filem. Kami akan membangkitkan sama ada percetakan itu dengan sendirinya memadai untuk membuktikan dalam undang-undang berhubung isu plagiat itu.
"Selain itu kami juga akan mengemukakan pertikaian adakah mahkamah wajib membandingkan di antara novel dengan filem bagi menentukan adakah terdapat persamaan atau tidak," katanya.
Haniff berkata, pada peringkat Mahkamah Tinggi sebelum ini sudah bersetuju bahawa Skop tidak membuat plagiat daripada novel yang wujud 14 tahun lalu.
"Watak dan cerita semua berbeza bagaimanapun Mahkamah Rayuan mendapati sebaliknya.
"Kami mengatakan bagaimana Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan begitu tanpa melihat atau membandingkan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam' dengan novel Bohsia itu. Bagaimanapun kami akan kemuka semua hujah itu ketika pendengaran nanti," katanya.
Pada 24 November 2014, Elias 65, memfailkan saman terhadap Yusof, 63, atau nama sebenarnya Md Yusof Md Aslam; Syamsul, 33; dan Skop Production sebagai defendan pertama hingga ketiga berhubung dakwaan memplagiat novel karyanya berjudul Aku Bohsia.
Dalam penyata tuntutannya, Elias mendakwa menerbitkan novel itu pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Syamsul-Ira

gempak
30/08/2024
01:25 MYT
Menurut pengarah filem, Bayangan Maut itu tidak manis baginya untuk masuk campur urusan rumah tangga seseorang meskipun itu adalah anaknya sendiri.
Terkini

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali

gempak
30/08/2024
00:55 MYT
Dengan kutipan yang sangat memberangsangkan, filem Sheriff: Narko Intergriti mungkin akan kembali menemui peminat filem aksi pada tahun hadapan.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.