,
Laman Utama

Dikatakan Mirip Michael Jackson, Netizen Mahu Hael Husaini Yang Lama; “Tolonglah Kembali Macam Dulu”

Shahrin Zulkifle
02/03/2023
14:00 MYT

Penampilan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini ketika menghadiri sebuah acara di ibu kota baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Menerusi satu muat naik video di laman TikTok, penyanyi tersebut dilihat sedang menikmati hidangan ketika di acara berkenaan sambil berborak bersama rakanya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan wargamaya adalah mengenai penampilan penyanyi itu yang dikatakan sudah berbeza selain ada yang menyamakan wajahnya persis bintang terkenal dunia, Michael Jackson.

“Dah macam Michael Jackson aku tengok muka Hael sekarang,” kata seorang wargamaya.

@ombakkitchen #haelhusaini #ombakkitchen #pakaitanganjer #kualalumpur #viral ♬ Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Pun begitu, tidak kurang juga ada yang menyatakan mereka merindui wajah dan penampilan pelantun lagu Jampi itu yang terdahulu kerana dikatakan lebih kacak berbanding sekarang.

“Aku sorang je ke rasa dia yang dulu lagi handsome daripada yang sekarang?” kata seorang warganet.

“Saya minat Hael yang dulu, tolonglah kembali macam dulu,” ujar seorang warganet.

“Handsome lagi yang dulu,” komen seorang netizen.

Terdahulu, wajah Hael turut pernah disamakan dengan beberapa bintang terkenal Korea Selatan seperti Cha Eun Woo dan V BTS.

BACA: Peminat Sampai ‘Berdarah Hidung’ Tengok Gambar Terkini Hael Husaini- “Helok Macam Mana Nak Habaq Entah”

BACA: Selepas Digelar V BTS, Kini Netizen Samakan Wajah Hael Husaini Dengan Cha Eun Woo

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.