,
Hiburan

Dijual Di Lebih 20 Negara, Ini Kisah Menarik Di Sebalik Penghasilan Novel The Storm We Made Oleh Vanessa Chan

Firdaus
25/03/2024
12:55 MYT
Mendapat liputan daripada media antarabangsa, novel berjudul The Storm We Made karya Vanessa Chan berjaya meraih ulasan positif daripada penulis-penulis buku luar negara.
Berlatar belakangkan tahun 1935 hingga 1945 Tanah Melayu, novel The Storm We Made menceritakan tentang watak Cecily, seorang ibu yang tergoda dengan keperibadian peribadi Jeneral berbangsa Jepun, Fujiwara, serta visinya iaitu “Asia untuk orang Asia”.
Susulan kejayaan novel tersebut, pihak Gempak berjaya menemu bual secara eksklusif Vanessa Chan untuk menceritakan sedikit sebanyak inspirasi dan kisah di sebalik buku berkenaan.
1) Apakah Inspirasi di sebalik buku The Storm We Made?
Vanessa: The Storm We Made diinspirasikan daripada kisah yang diceritakan oleh nenek saya semasa saya membesar. Kebanyakkan kisah yang diceritakan oleh nenek adalah tentang kesusahan hidup dalam zaman penjajahan Jepun.
Jadi, cerita-cerita itu disatukan dan apabila saya bersedia untuk menulis, perkara itu menjadi asas kisah di sebalik The Storm We Made.
2) Mengapa memilih tajuk The Storm We Made?
Vanessa: Apabila buku saya telah pun bersedia untuk dihantar ke pihak penerbit, buku itu tiada tajuk, buku itu dinamakan ‘Novel Novel_Final’. Saya tak dapat fikirkan nama sesuai untuk buku itu.
Pada awalnya saya terfikir untuk memberi judul ‘Sweat’ tetapi mereka (ejen) rasa itu tajuk yang teruk. Pilihan seterusnya ialah ‘Dirt’ dan mereka masih tidak bersetuju. Jadi mereka fikirkan banyak tajuk dan pada akhirnya memilih judul ‘The Storm We Made’ yang pada awalnya dirancang untuk dijadikan judul sementara, namun selepas buku itu terjual di lebih 20 negara, ramai yang suka dengan tajuk itu dan ia kekal sehingga sekarang.
3) Bagaimanakah Vanessa menggabungkan fiksyen dan sejarah di dalam satu buku?
Vanessa: Saya tak pernah berniat untuk menulis novel berkaitan sejarah. Saya selalu terfikir untuk tulis buku yang lebih moden. Tetapi saya pernah terlibat dalam program sekolah siswazah untuk penulisan kreatif.
Profesor saya beri saya satu tugasan di mana ia memerlukan saya untuk menulis satu cerita pendek. Tetapi selepas cerita itu dihantar, guru saya beritahu bahawa ia bukannya satu cerita pendek.
Pada awalnya, saya ingatkan saya gagal tugasan tersebut, tetapi rupa-rupanya dia puji penulisan saya dan dia nasihatkan supaya saya teruskan menulis.Saya ambil nasihat dia dan dari situlah saya mula menulis tentang novel ini.
4) Pernahkah Vanessa mengimpikan cerita di sebalik novel ini dibawa ke peringkat Hollywood?
Vanessa: Saya rasa semua penulis pernah mengimpikan perkara tersebut. Saya berharap sangat perkara itu menjadi kenyataan, Hollywood sangat susah dan mencabar walaupun banyak wakil daripada Asia. Saya boleh cakap yang saya berharap tetapi saya tak pasti sama ada ia akan menjadi kenyataan ataupun tidak.
5) Mendapat ulasan positif daripada penulis buku antarabangsa, adakah perkara itu menjadi pembakar semangat untuk Vanessa?
Vanessa: Saya sangat gembira apabila novel itu mendapat ulasan positif daripada ramai penulis. Tetapi bagi saya, ulasan itu adalah untuk pembaca, sebagai penulis, ulasan itu bukan untuk saya. Jadi tanggungjawab saya sebagai penulis adalah untuk menulis satu karya yang saya mahukan dan menarik di mata pembaca.
Sekadar info, Vanessa Chan merupakan seorang penulis yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Vanessa kini menetap di New York, Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Unitar