,
Laman Utama

Dijemput Ilahi Ketika Solat Tarawih

Awani
24/04/2022
14:37 MYT

Seorang jemaah lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai di sini pada Sabtu.

Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lana di sini rebah ketika solat tarawih sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.

Isterinya, Rohani Mohd Noor, 51, berkata, dia hanya mengetahui bahawa suaminya rebah secara tiba-tiba selepas dimaklumkan abang iparnya. "Kira-kira pada jam 10 malam, abang suami saya datang beritahu suami telah jatuh dan pengsan ketika solat.

"Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anak-anak mula perasan bapa mereka agak pendiam sejak akhir-akhir ini.

Katanya, dia tidak menyangka suaminya meninggal dunia ketika sedang solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz di sini.

"Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwah akan dijemput Ilahi ketika sedang solat tarawih di masjid itu.

"Sebelum itu, suami ada mengajak saya untuk solat tarawih di masjid itu, namun saya menolak kerana mahu solat di surau berhampiran rumah kami," katanya.

Ketika diminta berkongsi amalan suaminya, Rohani memberitahu, arwah sentiasa bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat lain sehingga waktu bersahur sepanjang Ramadan setiap tahun.

"Suami dulu bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatan memandangkan pernah dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak akibat penyakit jantung tiga tahun lepas," katanya.

Dia berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan pemergian arwah.

"Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwah sudah pergi dahulu, " katanya.

Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, arwah Zamri rebah ketika sedang solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.

Hashim berkata, arwah memberitahu dia tidak boleh makan kurma kambing ketika mereka berbuka puasa, namun ada meminta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.

Menurutnya, arwah juga ada mengadu sakit dada pada jemaah lain pada sebelah petang sebelum kejadian.

"Ketika solat, arwah tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat.

"Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, hasil dapatan daripada waris, mangsa meninggal dunia lebih kurang jam 10.10 malam semasa selesai memberi salam pada rakaat ke 20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang Imam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Parit Panjang di sini," katanya.

Artikel asal di Sinar Harian.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Unitar