BERITA
Dijangkiti Influenza B, Wany Hasrita Dikuarantin Di Hospital
Penyanyi Wany Hasrita dikejarkan ke hospital pada jam 7 pagi tadi.
Wany Hasrita menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia terpaksa ditahan dan dikenakan kuarantin.
Doktor mengesahkan penyanyi Menahan Rindu itu dijangkiti virus Influenza B.
Menerusi entri tersebut Wany memuat naik fotonya yang sedang terlantar di katil hospital.
Wany meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan segera sembuh seperti sedia kala.
Pengikut IG dan peminatnya juga mendoakan agar Wany diberi kesembuhan dan kembali sihat.
Foto: Instagram Wany Hasrita Oleh: Syafiqah JalalA post shared by Khaleesi In Her Own World (@wanyhasrita) on
Must-Watch Video