,
Laman Utama

Diiringi 5 Individu, Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Muka Isteri

Gempak
13/03/2023
03:30 MYT

Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Kubu Bharu atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Syuhada.

Terdahulu Hafidz tiba di mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pada jam 8.32 pagi sebelum masuk ke kompleks mahkamah dengan diiringi lima individu dipercayai termasuk peguam mewakilinya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini (13 Mac 2023).

Katanya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat selepas difahamkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua di kawasan tersebut.

Malah, Syuhada dilaporkan menerima 10 jahitan akibat cedera teruk selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian pipi.

Sumber - Berita Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.