,
Viral

Dihalau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Duduk Di Stesen LRT

Muhammad Firdaus
20/05/2024
08:55 MYT
Satu hantaran menyentuh hati yang dibuat oleh seorang wanita di Facebook baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak apabila posting tersebut menceritakan tentang seorang ibu bersama dua anak kecil yang seharian duduk di LRT Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, dipercayai dihalau suami.
Menerusi entri wanita yang dikenali sebagai Nurul Izni, individu itu menceritakan pengalaman sebaknya melihat keadaan keluarga tersebut yang berada dalam keadaan serba kekurangan.
“Kami anak-beranak nak ke KLCC dan terjumpa seorang budak lelaki ni di LRT Setiawangsa. Asyraf dekatinya, rupa-rupanya ada bayi usia dalam sebulan lebih.
“Bayi tu baring atas bangku keras sambil hisap botol susu dan kelihatan abangnya tak tahu macam mana nak jaga adiknya.
“Izni ajar dia macam mana nak pegang botol susu dan ya, dia cuba sehabis baik. Nak menangis rasa lihat baby ini dalam keadaan comot dan tidak berselimut,” katanya.

“Rupanya mereka tiga beranak kena halau keluar oleh si ayah...

Ditanya lebih lanjut tentang keberadaan ibu mereka, kanak-kanak lelaki berkenaan memaklumkan bahawa orang tuanya itu keluar membeli barang.
“Asyraf tanya ‘mana mak?’ ‘Mak keluar beli barang’.
“Rupanya mereka tiga beranak kena halau keluar oleh si ayah. Budak lelaki tu dah berhenti sekolah.
“Ditanya lapar atau tidak, dia geleng dan jawab dah makan tadi, namun kemudiannya bersuara perlahan, ‘saya lapar’ jadi belikan dia roti dan minuman,” kongsinya.

Wanita Dakwa Sering Dipukul Suami

Selepas 20 minit, ibu kanak-kanak tersebut muncul dalam keadaan berpakaian lusuh dan luka pada bahagian tangannya.
“Rupanya mereka dihalau keluar dari rumah. Ibu itu dah sering dipukul suami dan ibu mertuanya.
“Tiga beranak ni seharian duduk di tangga LRT buntu tak cukup duit nak naik teksi. Bila hari makin panas, mereka beralih masuk ke dalam. Ibu itu buat keputusan untuk balik ke kampungnya di Kedah,” tambahnya lagi.

Netizen Mahu Tawarkan Bantuan

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu yang dikongsikan oleh Izni, dirinya tidak menyangka bahawa posting berkenaan tular di media sosial dan ramai yang menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut.
Namun begitu, Izni turut mendakwa ada juga segelintir pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan dalam kesempitan hidup tiga beranak itu.
"Kami bantu sebab kasihan melihat anak kecil dan bimbang keselamatan mereka. Tidak sangka ada pula yang viralkan tu siap buat promosi barang katanya hasil jualan akan didermakan kepada keluarga kecil itu.
"Fikir logik, macam mana awak nak salurkan duit sedangkan nombor untuk hubungi mereka pun tak ada. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak ada kena mengena atas apa-apa sumbangan pihak ini usahakan.
"Terima kasih atas niat baik yang kalian tunjukkan dengan kongsikan hantaran saya dan ada yang tawarkan nak sediakan tempat tinggal untuk mereka. Kami tinggalkan mereka di bawah seliaan staf LRT Setiawangsa dan itu adalah kali terakhir kami nampak kelibat mereka," tulisnya.
Dalam pada itu, Izni turut menegaskan bahawa apa yang ditulis adalah berdasarkan kisah yang diceritakan oleh wanita tiga beranak itu dan dikongsi ke media sosial sebagai satu pengajaran.
Bagaimanapun, posting asal tentang kisah wanita tiga beranak itu telah pun dipadam oleh Izni.

BERITA TRENDING: Beri Bayi Usia 10 Hari Makan, Tindakan Individu Ini Dibidas Netizen - "Kalau Tersedak Macam Mana?"

Sumber: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.