,
Laman Utama

Digosipkan Bercinta Dengan Mierul Aiman, Ini Jawapan Qasrina Karim - “Saya & Dia Memang Rapat Sebab…”

Asyikin Mayudin
08/04/2023
02:55 MYT
Keserasian pelakon Qasrina Karim dengan aktor Mierul Aiman dalam drama Ustaz Instant Ustazah Scammer membuatkan ramai peminat menyukai gandingan mereka.
Malah ada juga dalam kalangan peminat yang membuat spekulasi Qasrina dan Mierul sememangnya sedang menjalinkan hubungan cinta di luar set penggambaran.
Mengakui mempunyai hubungan rapat, Qasrina bagaimanapu berkata dia dan Mierul hanya bersahabat baik disebabkan bergandingan dalam drama tersebut.
“Saya dan Mierul memang rapat sebab berlakon sekali… kebanyakkan babak saya pun memang ada Mierul sekali. Memang secara semula jadi, persahabatan itu akan ada.
“Mierul pun seorang yang sangat friendly, easy, untuk wujudkan keserasian dalam drama itu. Tapi di set, saya memang rapat dengan semua orang.
“Bagi saya, Mierul seorang lelaki yang bagus, berbakat… saya sangat berbesar hati dapat bekerja dengan dia untuk cerita ini. Tapi kami tak pernah keluar berdua,” katanya kepada Gempak.
Qasrina berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelancaran program raya Astro di Hotel Le Meridien Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Qasrina mendedahkan dia juga ada menerima mesej ancaman daripada peminat Mierul namun tidak terlalu ambil serius mengenai perkara itu.
“Ramai yang berkecil hati… ada la beberapa (ancaman daripada peminat). Saya terima melalui DM Instagram. Tapi tak apa la, saya okay saja,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

gempak
13/08/2024
12:55 MYT
Dua drama adaptasi yang memenangi anugerah paparkan perjuangan orang dengan penglihatan yang terhad dan kesan buruk buli siber, bersiaran bermula Ogos ini di Astro Ria.
Hiburan

Akaun IG Digodam, Mierul Aiman Akui Kerja Terganggu - “Sekarang Pun Masih Cuba Untuk…”

gempak
13/08/2024
06:25 MYT
Pelakon Mierul Aiman memberitahu dia mengetahui tentang akaun laman Instagram miliknya digodam selepas pulang dari sidang media Dari Mata Turun Ke Hati sekitar 2 pagi, Selasa.
Hiburan

Kongsi Foto Jual Emas, Rupa-Rupanya Akaun IG Mierul Aiman Digodam - “Sila Jangan Klik Pada Sebarang Pautan…”

gempak
13/08/2024
04:21 MYT
Laman Instagram milik pelakon drama siri terbaharu ‘Mata Turun Ke Hati’ iaitu Mierul Aiman digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak malam, Isnin.
Hiburan

Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

gempak
16/07/2024
09:36 MYT
Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.