,
Laman Utama

Digelar Idola Remaja Oleh Ahmad Dhani, Pamungkas Pernah Pekak & Disangka Pemain Bola Indonesia

Maliah Surip
04/07/2021
13:50 MYT
Nama penyanyi Pamungkas saat ini sangat terkenal dalam kalangan penggemar muzik di Indonesia.
Pemuda berusia 28 tahun ini pertama kali menjual karyanya pada tahun 2018 melalui Walk The Talk.
Lewat single To the Bone, Pamungka memecahkan rekod di Spotify dengan menduduki puncak tangga lagu Indonesia Top 50 selama tujuh minggu berturut-turut pada April lalu.
Sebelumnya, dia juga telah sukses sebagai artis lelaki lokal yang paling banyak dimainkan di Indonesia pada Spotify Wrapped 2020. Sejak dilancarkan, To the Bone telah didengarkan lebih dari 50. 6 juta kali di Spotify.
Di tahun ini, nama Pamungkas menjadi semakin besar malah diiktiraf para pemuzik tempatan lainnya.
Salah satunya adalah kumpulan terkenal Dewa 19, dengan Ahmad Dhani menggelarkan dia sebagai idola remaja masa kini.
Pamungkas dan Dewa 19 juga sempat melakukan persembahan bersama pada 1 Julai lalu menerusi Dewa 19 X Pamungkas.
"Saya tumbuh dengan mendengar muzik Dewa 19 dan kini saya menyanyi sepanggung dengan mereka," kata Pamungkas bahagia.
Ironi, dalam temu bualnya bersama CNNIndonesia, dulu ramai yang menyangka dirinya seorang pemain bola.
"Masih ada yang ingat Pamungkas pemain bola," katanya ketawa. Indonesia mempunyai seorang pemain bola yang juga sempat bermain untuk pasukan Selangor suatu ketika dahulu, Bambang Pamungkas.
Hanya baru berasa dirinya sebagai seorang pemuzik dan pemain industri hiburan pada Januari 2020, kata Pamungkas dia berkarya kerana minat dan mahu membuktikan kepada diri sendiri bahawa setelah usia 25 tahun, perlu memutuskan untuk mempunyai karier.
"Jadi saya sebenarnya seorang pereka grafik, pernah bekerja di pejabat. Tapi setiap balik ke rumah, terus hasilkan muzik. Jadi compose lagu, bukan menyanyi, tapi lama lama ya jadi penyanyi," katanya.
Dalam temu bual sama, Pamungkas atau nama sebenarnya, Rizki Rahmahadian Pamungkas juga tak malu menyatakan kekurangan dirinya.
Dia mengaku sebelah telinganya pekak sejak kecil. Dan dia tidak menyedari hal tersebut kerana tidak pernah diberitahu oleh kedua orang tuanya.
"Saya pekak sebelah tapi tak sedar. Saya tak tahu. Sebab itu keluarga menghantar saya ke kelas bermain dram. Untuk memulihkan telinga saya.
"Selepas dewasa, apabila pulih saya jadi bingung kerana dunia tiba tiba terasa sangat bising," akuinya.
Kini tidak hanya punya kemahiran bermain dram dan gitar, dia juga handal bermain piano, sejak tahun 2018 dia telah menghasilkan empat buah album termasuk Flying Solo, Solipsism dan Solipsism 0.2.
Kredit Foto: The Jakarta Post
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.