Digelar ‘Duda Paling Hot', Ini Komen Fattah Amin - “Terima Kasih Buat Peminat, Tanpa Mereka Tiada Fattah Amin”
Populariti aktor kacak Fattah Amin makin mencanak selepas bercerai sehingga dihujani jutaan sokongan warganet dan dilabel sebagai duda paling ‘hot’ tahun ini!
Syukur sokongan peminat
Fattah Amin ketika ditemui Gempak bagaimanapun enggan memberi sebarang komen sewaktu diminta mengulas mengenai gelaran tersebut.
Malah, aktor berusia 34 tahun itu hanya menitipkan ucapan syukur dengan sokongan yang diberi para peminat.
“Alhamdulliah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini. Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang. Terus doa yang baik-baik.
“Duda terhangat saya tak nak komen pasal itu. Terima kasih kepada semua peminat, tanpa mereka siapalah saya. Tak berdirilah Fattah Amin di sini,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana All Access to Rossa 25 Shining Years.
BERITA TRENDING: Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah
BERITA TRENDING: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”
BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”
BERITA TRENDING: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim
Sementara itu, pelakon filem Pendekar Awang itu turut berkongsi dia sedang melakukan persediaan menubuhkan perniagaan bagi melancarkan produknya sendiri.
“Sekarang saya tengah sibuk fokus karier dengan Fatimah. Itu sahaja jadual saya. Ketika buat siaran langsung itu saya tak sangka dapat sambutan sebegitu kerana niat saya buat live itu untuk ucap terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya.
“Pada masa yang sama, saya nak buat bisnes. Tapi saya tak sangka pula malam itu viewers dan likes saya sangat tinggi. Terima kasih kepada semua yang join live.
“Saya sekarang sedang menubuhkan pasukan untuk memulakan perniagaan. Selepas itu, baru akan buat produk sendiri. Harap proses itu dilancarkan,” ujarnya.