gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Anugerah SAM 100PLUS 2024: Tiga Wakil Astro Arena Meledak
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18

Maliah Surip
Maliah Surip
16/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal berdepan kontroversi apabila didakwa melakukan eksploitasi terhadap beberapa orang kerdil yang dijemput ke parti ulang tahun ke-18nya baru-baru ini.
Siasatan terhadapnya diarah oleh Kementerian Hak Sosial Sepanyol selepas mendapat informasi pemain muda itu menggunakan orang kerdil sebagai ‘bahan persembahan’.
Yamal yang disifatkan mempunyai bakat luar biasa itu telah menganjurkan majlis ulang tahun ke-18 di sebuah kediaman yang disewa di Olivella, sebuah bandar kecil 50 kilometer daripada Barat Laut Barcelona, hujung minggu lalu.
Lamine diketahui menjemput sejumlah selebriti terkenal dunia, pempengaruh serta rakan sepasukan dan mereka didakwa telah dihiburkan oleh sekumpulan orang kerdil.
Tindakan tersebut kemudian disifatkan oleh Association of People with Achondroplasia and other Skeletal Dysplasias in Spain (ADEE) sebagai perbuatan yang tidak dapat diterima pada abad ke-21.
“Kami telah menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak bertanggungjawab untuk menjalanikan siasatan terhadap dakwaan Lamine Yamal menggunakan orang kerdil sebagai satu satu persembahan.
“Jika ia adalah benar, pihak persatuan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana terdapat undang-undang yang melarang penggunaan atau ekslploitasi terhadap golongan sedemikian,” demikian pelapor kenyataan yang diberikan kepada BBC.
Bagaimanapun salah seorang yang terlibat dengan parti tersebut memberitahu Yamal tidak melakukan kesalahan menjemput sekumpulan orang kerdil.
“Tiada siapa yang tidak menghormati atau mengeksploitasi kami. Kami bekerja dengan aman.
“Saya tidak faham mengapa hal ini menjadi isu besar? Kami juga manusia biasa yang melakukan kerja mengikut undang-undang atas kerelaan.
“Kami tahu batas dan tidak akan melangkauinya. Kami bukan monyet. Kami hanya menari, mengedarkan air, melakukan silap mata dan banyak lagi. Kami terhibur,” ujar satu sumber menerusi temubual bersama radio.
Sambutan ulang tahun ke-18 tersebut dijalankan secara tertutup. Semua tetamu diarahkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit sepanjang partis berlangsung.
Topic Berkaitan
#Viral
#Hari Jadi
#Lamine Yamal
#Eksploitasi
#Kerdil
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement