HIBURAN
Diganggu Entiti Ketika Bercuti, Atikah Suhaime Terpaksa Gendong Anak Kalau Tidak…
Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mempunyai sebab untuk mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh ketika bercuti di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.
Jelas Atikah, dia tidak mahu meninggalkan anaknya bersendirinya kerana dia dan suami telah digangu oleh satu entiti yang menerupainya.
“Ada cerite scary kat sini tika nak share. Kalau bukan tika and maid yang gendong, ada yang lain gendong nanti 😭. Husband kena kacau cerite kat tika.
“Pukul 4pagi, my husband dengar I cakap nak gendong baby sambal jalan-jalan keluar. husband tengok pelik pukul 4 pagi, tengok-tengok saya tengah tindih peha suami dengan kain batik nak ambil Mulan. Waktu tu I dalam toilet,” tulisnya.
Bagaimanapun, menurut Atikah ganguaan tersebut mula hilang selepas dia keluar daripada tandas.
“Untung just in time I keluar toilet terus hilang benda tu husband boleh bangun.
“Lepas tu I taknak Biarkan Mulan sendiri kat villa kena gendong jangan biarkan Lepas kat katil sendiri,” ujarnya.
Atikah berkongsi perkara tersebut bagi membalas komen salah seorang netizen yang memintanya untuk tidak membiasakan mengendong anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa seram dan turut berkongsi petua perlindungan.
“Seram jugak ya kat janda baik.. 😱😱 harap mulan baik2 sahaja.
“Selain surah, sapukan blkg telinga ank dgn sendi2 anak dgn minyak kasturi kijang.. wangi pun wangi.
“Apa nama Villa ni tika,seram pulak baca cerita,” komen netizen.
Must-Watch Video